• Filem Antarabangsa

    Filem Korea : The Dude in Me (2019)

    Filem : The Dude in Me (2019)  | Genre : Komedi, Fantasi | Negara : Korea|Running Time:  2 Jam 02 Minit | Pelakon Utama: Jin Young, Park Sung Woong, Lee Soo Min, Ra Min Ran, Kim Kwang Kyu|  Pengarah:   Kang Hyo-jin

    Sinopsis

    Mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Dong-Hyun (Jin Young) telah jatuh dari bumbung bangunan terhempap ke atas seorang Ketua Gangster bernama Pan-Soo (Park Sung-Woong) yang ketika itu sedang lalu kawasan tersebut.

    Apabila kedua-dua dimasukkan hospital, sesuatu kejadian ajaib berlaku di antara mereka berdua, roh mereka telah bertukar di antara Dong Hyun dan Pan Soo!

    Review Filem : The Dude in Me (2019)

    Assalammualaikum dan salam sejahtera.

    Review kali ini sebuah filem komedi yang betul-betul lawak dan menghiburkan sehingga jalan cerita selama 2 jam sampai tak perasan sehh…

    Cerita ini berjaya menarik hati penonton dengan watak Pan Soo sebagai gangster yang ditakuti oleh musuh-musuhnya, pandai berlawan, mempunyai badan yang sado, hanya makan makanan berkhasiat, pembersih dan sentiasa berpakaian smart telah tertukar badan kepada budak sekolah bernama Dong Hyun yang berumur 17 tahun yang gemuk, miskin dan sentiasa dibuli kawan-kawan.

    Watak Park Sung-Woong sebagai Ketua Gengster

    Cerita ni menjadi menarik apabila Pan Soo tidak dapat menerima bentuk badan Dong Hyun yang gemuk dan kuat makan. Bila Pan Soo berada dalam badan Dong Hyun, dia terpaksa meneruskan kehidupan sebagai remaja berumur 17 tahun.

    Watak Jin Young sebagai pelajar sekolah yang gemuk

    Di sekolah ramai tidak suka dan selalu membuli Dong Hyun. Pan Soo yang telah berada dalam badan Dong Hyun tidak tahan dengan perangai pelajar-pelajar yang suka membuli lalu melawan balik dengan memukul pelajar tersebut sehingga mereka takut dengan Dong Hyun yang baru.

    Pada suatu hari, Pan Soo mendapat tahu rupa-rupanya kawan perempuan kelasnya bernama Hyun Jung yang selalu kena buli adalah anak kandungnya sendiri semasa dia mempunyai hubungan dengan kekasih lama bernama Mi Sun (Ra Mi Ran).

    Pan Soo yang pada mula nak berhenti sekolah tapi tak jadi kerana nak menjaga anaknya yang sentiasa kena buli dengan pelajar nakal.

    Ketika itulah, Pan Soo bertukar menjadi seorang lelaki yang amik berat dan penyayang terhadap Hyun Jung. Namun Hyun tidak tahu kawan lelakinya itu adalah bapanya Pan Soo.

    Dalam filem ini dibantu juga dengan watak Man Chul (Joon Hyuk Lee) iaitu seorang gangster yang ganas tapi mempunyai sifat melucukan sentiasa setia dengan bos Pang Soo.

    Watak Man Chul setia kepada Pan Soo (Dong Hyun)

    Man Chul telah menjaga Pan Soo ketika dalam keadaan koma. Bila dia mendapat tahu bos dia bertukar badan dan tetap setia membantu bosnya apabila Pan Soo minta bantuan.

    Sambil tu boleh pulak dia nasihatkan bosnya supaya menjaga kesihatan supaya tak kena diabetes, suruh jangan pukul pelajar bila diarah memukul dan selalu mengusik bosnya walau pun Pan Soo seorang yang garang.

    Pan Soo menyuruh Man Chul mengajarkan anak dia seni pertahanan diri supaya tidak lemah berdepan pelajar-pelajar yang membulinya.

    Pada masa yang sama, Pan Soo membuat senaman untuk menguruskan berat badan Hyun.

    Apabila Pang Soo / Dong Hyun menjadi kurus , ramai pula minat dengan Dong Hyun tetapi Pan Soo hanya minat dengan Mi Sun. Masa ini lah, banyak salah faham Hyun Jung kepada Dong Hyun kerana dia ingat Dong Hyun menggatal dengan emaknya Mi Sun.

    Dong Hyun sudah kurus

    Tidak lama kemudian, Dong Hyun yang betul terjaga dari koma dan dia balik ke rumah malangnya bapanya sendiri pun tidak kenal dia kerana wajahnya yang berbeza.

    Bila Dong Hyun palsu terserempak dengan Pan Soo palsu

    Dong Hyun palsu terserempak dengan Pan Soo palsu dan mereka terperanjat lebih-lebih lagi badan Dong Hyun telah menjadi kurus.

    Semasa Pang Soo koma di hospital, kehidupan sebenarnya di dunia gengster menjadi kucar kacir termasuk isterinya yang curang dengannya. Ramai gangster-gangster lain nak rampas kuasanya.

    Ayah mertuanya Pang Soo mendapat tahu anak sendiri telah mengelap duit syarikatnya dan dia bercadang nak menyerahkan syarikatnya kepada menantunya Pang Soo.

    Walau bagaimanapun, Pang Soo menolak mewaris kekayaan mertuanya dan dia hendak menjalani kehidupan biasa. Isteri Pang Soo membalas dendam dengan melanggar Pang Soo.

    Pada ketika itu, badan mereka berdua bertukar semula. Akhirnya Pang Soo dan pembantunya Man Chul berhenti daripada menjadi gangster dan mereka membantu Min Su berniaga. Sementara Dong Hyun dan Hyun Jung mereka berdua akhirnya bercouple.

    Dong Hyun dan Hyun Jung akhirnya couple walaupun tak suka awalnya

    P.s : Tak minat dengan watak Mi Sun yang dilakonkan oleh Ra Min Ran sebab macam terlalu tua untuk berlakon dengan Jung Jin Young. Patut amik pelakon macam Kim Ha Neul, Choi Ji Woo dan paling sesuai Kim Hee Sun.

    Watak Mi Sun sesuai dilakonkan oleh Kim Ha Neul, Choi Ji Woo dan Kim Hee Sun
  • Filem Antarabangsa

    Filem Romantik Komedi : Making Family

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

    Hari ini saya nak rekomen sebuah filem berbentuk romantik komedi dan berunsur kekeluargaan melibatkan pelakon lelaki dari negara China dan pelakon wanita dari negara Korea.

    Cerita ni dah banyak kali saya tonton dan tidak membosankan lebih-lebih ada kanak-kanak comel yang berlakon bernama Mason Moon.

    Filem ini ditayangkan pada tahun 2016 yang dilakonkan oleh pelakon dari negara China ini bernama Aarif Rahman atau Arif Lee. Jangan salah sangka, Aarif bukan beragama Islam sebabnya dia sendiri tidak praktik dalam kehidupannya sebagai seorang muslim.

    Sejak dulu lagi sudah ada pelakon yang beragama Kristian tetapi menggunakan nama Islam seperi pelakon bernama Omar Sharif … jadi nama Islam tak semestinya seseorang itu beragama Islam.

    Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang bijak dan comel bernama Tae Bong (dilakonkan Mason Moon) yang tinggal bersama ibunya Go Mi Yeon (dilakonkan Kim Ha Neul) di Korea.

    Tae Bong mendapat tahu dia dilahirkan melalui penderma sperma berasal dari negara China (Tae Bong sendiri jumpa doktor di hospital tempat dia dilahirkan untuk mengetahui asal usul dia tanpa pengetahuan ibunya).

    Ibunya Mi Yeon mengandung tanpa lelaki di sisi adalah sebabnya…

    Tae Bong teringin sangat hendak berjumpa dengan bapanya dan dia seorang diri menaiki flight ke negara China untuk mencari ayahnya. Keberanian dan kebijaksanaan Tae Bong dapat dilihat dia melepasi kerani kaunter tiket semasa menyerahkan passport.

    Semasa sampai di China, Tae Bong menaiki teksi seorang diri ke rumah bapanya Liyan (lakonan Aarif Rahman).

    Apabila Tae Bong datang dari jauh mahu berjumpa dengan berjumpa dengan ayahnya tetapi Liyan tidak mempercayai Tae Bong tu anaknya dan terus menghantar Tae Bong ke balai polis.

    Tae Bong telah ditinggalkan di Balai Polis. Namun, kebijaksanaan Tae Bong , dia berjaya melepaskan diri daripada pihak polis.

    Sementara Mi Yeon turut pergi ke negara China dengan keadaan tergesa-gesa setelah mendapat tahu anaknya pergi seorang diri. Mi Yeon berjumpa dengan keluarga bapa kepada anaknya. dan meminta bantuan mencari anaknya Tae Bing.

    Pertemuan tersebut menyebabkan keluarga Liyan terperanjat yang anak lelakinya mempunyai anak berusia 9 tahun sedangkan Liyan masih muda dan tidak berkahwin lagi.

    Bapa Liyan telah menghalau Mi Yeon dan menganggap Mi Yeon menipu dan hanya hendakkan harta keluarga Liyan.

    Tetapi nenek Liyan minta bapa Liyan bersabar dan meminta mendengar kata-kata Liyan dahulu.

    Sebenarnya hubungan Liyan dan bapanya tidak baik sejak 10 tahun lalu.

    Liyan sebenarnya seorang anak muda datang dari keluarga kaya tetapi bapa Liyan tidak suka Liyan menjadi pelukis sehinggakan Liyan melarikan diri dan hidup tanpa bantuan keluarga.

    Nenek Liyan dan Mi Yeon pergi ke rumah Liyan untuk mencari Tae Bong. Di situlah, pertama kali Mi Yeon berjumpa Liyan.

    Mi Yeon sangat marah dengan Liyan kerana meninggalkan Tae Bong di Balai Polis, Nenek Liyan meredakan keadaan mereka berdua dan mereka bersama-sama pergi mengambil Tae Bong di Balai Polis.

    Nenek Liyan mempercayai Tae Bong adalah cucunya dan dia cuba merapatkan hubungan Liyan dan Mi Yeon dengan mengadakan percutian keluarga di kampung.

    Mi Yeon terpaksa ikut percutian tersebut disebabkan tiket kapal terbang telah habis dijual.. (ini disebabkan nenek Liyan telah membeli semua tiket kapal terbang ke Korea.

    Semasa di kampung , hubungan Liyan dan Mi Yeon tidaklah begitu baik, tetapi Tae Bong cuba berusaha mengambil hati Liyan dan keluarga bapanya.

    Namun usaha Tae Bong untuk mengambil hati Liyan tidak kesampaian apabila nenek Liyan jatuh sakit dan bapa Liyan telah meminta Miyeon dan Tae Bong pergi dari situ.

    Tae Bong telah mengajak ayahnya Liyan mengikutnya balik ke Korea dan tinggal bersama-sama dengan ibunya menjadi sebuah keluarga. Tapi Liyan masih berkeras hati untuk menerima Tae Bong sebagai anaknya walau pun hatinya berbelah bagi pada ketika itu.

    Tae Bong dan ibunya balik ke Korea tanpa Liyan. Tae Bong meneruskan kehidupannya bersama ibunya seperti dulu.. dan satu hari Liyan telah datang ke Korea…

    Filem ini sebuah cerita yang ringan disulami komedi romantik dengan gelagat comel Tae Bong pasti anda seronok menonton filem ini..

    Jangan lupa tonton filem ini …