Corat -coret

Penerbangan AirAsia Dari Melaka ke Penang Bermula 1 Julai 2019

Spread the love

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya,

Sebagai orang Melaka rasa berbangga syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad telah bermula penerbangan dari Melaka – Penang pada 1 Julai 2019.

Yang menariknya penerbangan Melaka -Penang hanya mengambil masa 1 jam 5 minit sahaja dengan tujuh kali seminggu penerbangan dengan harga tiket RM79 bagi laluan sehala.

Jadi, kepada orang Melaka, Penang dan Perlis dah boleh balik ke kampung pada masa cuti sekolah dan musim perayaan dengan naik kapal terbang dari Melaka.. dan dah tak payah nak tempuh jem lagi.

Masa saya baca facebook Ketua Menteri Melaka Tuan Adly, ada orang yang mengesyorkan penerbangan pada masa akan datang dibuka laluan baharu ke Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ini disebabkan ramai orang Sabah Sarawak merantau berkerja Melaka terutama di Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang dan Kem Tentera, Terendak. Penerbangan dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ini lagi mudahkan dan menjimatkan kos kepada mereka yang nak balik ke kampung Sabah Sarawak tanpa pergi ke KLIA.

Pada masa ini, Syarikat Malindo Air sudah pun beroperasi penerbangan dari Melaka- Langkawi, Melaka – Kota Bharu dan Melaka – Pekanbaru.

Sebagai penduduk Melaka berharap syarikat AirAsia dan Malindo terus memberi perkhidmatan berterusan kepada negeri Melaka dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan.

Sesiapa nak melancong atau balik kampung bole menempah tiket di laman https://www.airasia.com/ms/my dan https://www.airpaz.com/en/airlines/OD-Malindo-Air?/

390total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *