Drama Korea

Kim Suh Ah Berlakon Drama Korea Thriller Misteri Children Of Nobody

Spread the love

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua….

Masa saya survey nak cari filem / drama korea apa yang best untuk ditonton…. terjumpalah satu poster drama korea yang agak dull dan penuh tersirat …

Sebagai peminat drama misteri dan horror… saya explore la drama ini kat koreadrama.com… rupanyer drama ini bertajuk Children Of Nobody.

Apa yang menarik drama ini merupakan drama pertama genre thriller misteri yang dilakonkan oleh Kim Suh Ah(KSA).

Drama ini merupakan misteri thriller yang telah ditayangkan pada hujung bulan Disember pada tahun 2018 dengan menyiarkan sebanyak 32 episode (30 minit).

Sebagai peminat KSA saya memang menunggu setiap drama KSA. Walaupun umur dah 45 tahun… masih tetap diberi watak utama dalam drama-drama korea.

Kalau siapa kenal KSA … dia pernah diberi pelbagai watak seperti perempuan gemuk, pandai menari tango, jadi perempuan psycho, comedian dan macam-macam watak diberikan dan KSA tetap berjaya menjiwainya.

Dengan usia KSA, dia selalu digandingkan dengan hero muda yang ada beza umur 10 tahun… punyala laku..

Bayangkanla berpuluh-puluh pelakon wanita muda di korea dipasaran drama dan filem.. KSA tetap menjadi pilihan pengarah drama sehingga kini. Orang Melayu kata rezeki tak putuslaa..

Antara drama popular yang dilakonkan oleh KSA seperti My Lovely Sam Soon (2005), City Hall (2009), Scent Of Women (2011), I Do I Do(2012), The Man In The Mask (2015), The Lady in Dignity (2018).

Review Drama Korea Thriller Misteri : Children Of Nobody

Children Of Nobody sebuah drama thriller misteri yang yang dilakonkan oleh Kim Suh Ah sebagai watak Cha Woo Kyung yang merupakan kaunselor di Pusat Perlindungan Kanak-kanak di Haneul.

Kehidupan Woo-kyung yang pada mulanya bahagia di samping suami dan anak yang kini sedang hamil anak kedua tidak sengaja melanggar mati seorang budak lelaki.

Kemalangan tersebut menyebabkan bayi yang dikandungnya meninggal dan kehidupannya mula berubah.

Walaubagaimanapun, Woo-kyung tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana kes dia dianggap tidak sengaja tetapi Woo-kyung masih merasa bersalah ke atas kemalangan tersebut.

Woo-kyung mengetahui bahawa budak lelaki yang dilanggarnya tidak mempunyai keluarga dan Woo-kyung sendiri yang menguruskan pengebumian budak itu.

Woo-kyung menyiasat budak lelaki yang dilanggarnya kerana Woo-kyung merasakan kanak kecil yang berpakaian hijau yang selalu dia nampak ada kaitan dengan budak lelaki tersebut.

Semasa Woo-kyung mencari keluarga budak lelaki tersebut dia diganggu dengan puisi misteri yang dijumpai pada sebuah lukisan menceritakan penderaan kanak-kanak. Setiap kali Woo-kyung menyiasat dia dibantu oleh kanak kecil berbaju hijau.

Woo-kyung pernah menceritakan pasal gadis kecil itu tetapi suaminya tidak mempercayai dan menganggap isterinya berhalusinasi.

Keadaan kehidupan Woo-kyung semakin buruk apabila didapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Akhirnya mereka bercerai.

Woo-kyung bertemu dengan Kang Ji-Hun (Lee Yi-Kyung) seorang detektif yang sedang menyiasat kes kematian seorang wanita yang baru dibebaskan dari penjara akibat membunuh anak sendiri. Ji-Hun juga menyiasat kes melibatkan kematian pemandu lori secara misteri dan mayat wanita dijumpai di stor yang semuanya berkaitan di Pusat Perlindungan Kanak-kanak di Haneul

Ji Hun merasakan Woo-kyung adalah suspek utama dalam kes yang disiasatnya kerana setiap kes pembunuhan yang berlaku banyak bukti menunjukkan Woo-kyung kenal dengan si mati.

Walaupun Ji Hun suspek Woo-kyung tetapi Ji Hun tetap membantu Woo-kyung membantu mencari siapa kanak-kanak misteri berbaju hijau tersebut.

Apabila kita tonton drama ini, kita akan lihat kehidupan Woo-kyung sendiri yang kompleks dengan mempunyai ibu tiri yang dingin tetapi baik menjaga adik Woo-kyung yang tidak sedar diri di hospital sejak 2 tahun walaupun sebelum ini ibu tirinya melayan buruk adiknya.

Ibu tirinya mempersalahkan Woo-kyung apa yang berlaku dalam keluarga mereka termasuk kemalangan adik perempuannya dan kematian bapanya.

Apabila kita menonton drama ini, terdapat watak lain yang menjadi suspek pembunuhan seperti Jeon Soo Young (Nam Gyu Ri) anggota polis wanita yang baru bekerja dengan Ji Hun. Seorang lelaki misteri bernama Lee Eun-ho(Cha Hak Yeon) yang bekerja di Pusat Perlindungan Kanak-kanak seorang pendiam dan tidak bercakap tetapi pandai melayan kanak-kanak. Suspek juga ke atas Pengetua di Pusat Kanak-kanak yang terlibat pecah amanah dan sering memukul orang.

Sampai ke penghujung drama ini barulah kita jumpa pembunuhnya. Pada mulanya, kita mengagak orang tu pembunuh walaupun banyak bukti menunjukkan suspek itu dituduh. Tetapi bukan..

Kepada peminat drama plot twist ditambah dengan misteri.. drama ini memang best ditonton tetapi jangan tidak boleh terima lak ending drama ini sebab ramai penonton tak setuju ending nya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *