Filem Antarabangsa

Filem Tamil: Vedalam

Spread the love

Filem : Vedalam (2019)  | Genre : Aksi, Jenayah, Komedi| Negara : India|Running Time:  2 Jam 34 Minit | Pelakon Utama: Ajith Kumar, Shruti Hassan, Lakshmi Ravichander|  Pengarah:   Siva

Sinopsis

Mengisahkan seorang lelaki berasal dari kampung bernama Ganesh (Ajith Kumar) dengan adik dia, Thamizh (Lakshmi Menon) berpindah ke Kolkata untuk menghantar adiknya belajar melukis di Kolej Seni.

Di Kalkota, Ganesh berkerja sebagai pemandu teksi untuk menyara hidup dan menampung perbelanjaan kolej adiknya. Ganesh telah berkenalan dengan seorang peguam yang jelita bernama Swetha (Shruti Hassan) tetapi telah dibuang kerja disebabkan Ganesh. Pada masa yang sama, adik Swetha bernama Arjun(Ashwin Kakumanu) telah jatuh cinta dengan Thamizh dan ingin berkahwin dengannya.

Di Kalkota, 2 orang penjenayah yang berprofil tinggi bernama Aniket (Aniket Chauhan) dan Abhinay (Kabir Duhan Singh) sedang dikehendaki oleh pihak polis kerana melakukan jenayah pemerdagangkan wanita dan mengedar dadah dan senjata.

Pada suatu hari, Ganesh telah ternampak salah seorang penjenayah tersebut dan dia melaporkan kes jenayah tersebut kepada pihak polis. Aniket mendapat tahu Ganesh yang melaporkan kepada pihak polis lalu menangkap Ganesh.

Ganesh diculik dan dipukul teruk oleh orang penjahat bernama Aniket (Aniket Chauhan) dan Abhinay (Kabir Duhan Singh). Tetapi sebaliknya yang berlaku konco-konco penjahat dipukul teruk oleh Ganesh.

Review Filem Tamil Vedalam

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Hari ini saya nak review sebuah filem tamil yang telah ditayangkan pada tahun 2015 dan saya tahu filem ini melalui perkongsian pembaca di laman FB.

Filem Vedalam mempunyai jalan cerita yang biasa apabila seorang lelaki daripada kampung mempunyai perwatakan yang baik dan tidak buruk sangka dengan orang lain datang ke bandar untuk teman adiknya belajar.

Sumber google: Ganesh hantar adiknya mendaftar kolej

Rupa-rupanyer lelaki bernama Ganesh ini yang nampak sangat baik adalah seorang gangster paling ganas dan kejam. Kekejaman Ganesh selama ini tidak diketahui oleh adiknya sendiri dan menganggap abang dia seorang baik dan penyayang.

Ganesh ini yang dulu sanggup memukul orang tidak bersalah tanpa peri kemanusian tidak kira orang itu tua atau muda semata-mata nak dapat upah duit.

Pada awal filem ini penonton ditunjukkan Ganesh perwatakan yang baik, jujur, suka senyum, ketawa, bertanggungjawab, sentiasa menolong orang, anti sosial sebab Ganesh tak ada FB, instagram, twitter , tidak mempunyai wasap dan sangat menyayangi adik perempuannya dengan membiayai pendidikan adiknya di Kolej Seni terkemuka di bandar Kolkata sedangkan mereka bukan orang senang.

Dan paling penting penonton ditipu dengan wajah Ganesh yang sentiasa senyum dan ketawa dengan orang sekelilingnya boleh bertukar menjadi bengis dan menakutkan.

Sampaikan heroin Swetha (Shruti Hassan) menjadi takut giler kepada Ganesh sedangkan baru nak feeling suka kepada Ganesh. Iklan jap… Shruti ni anak kepada pelakon lagend tamil iaitu Kamal Hassan. Memang cantik orangnyer.

Sumber google : Shruti Hassan anak Kamal Hasan

Ada satu scene mula-mula Ganesh kena tangkap dan dipukul teruk oleh penjahat di atas kapal. Pada masa tu, penjahat tidak tahu Ganesh ini sebenarnya lagi jahat daripada diorang.

Sumber google : Penjahat tidak tahu Ganesh ini sebenarnya lagi jahat daripada diorang.

Tetapi akhirnya, dia ok je masuk ke dalam kapal berjumpa dengan Ketua penjahat bernama Aniket.

Aniket dan konco-konconya yang berada dalam kapal terperanjat giler melihat Si Ganesh boleh terlepas sedangkan anak buahnya yang ramai dah pukul Ganesh dengan teruk.

Ketika Ganesh menuju ke arah Aniket, Ganesh menangis sambil merayu-rayu meminta simpati supaya tidak tembak dia. Adik Aniket datang menghampiri Ganesh dengan mengacu pistol.

Tiba-tiba bunyi tembakan bertalu-talu dan badan adik Aniket mula berdarah akibat tembakan. Aniket dan konco-konco yang lain terperanjat giler bila tengok muka Ganesh sebelum ini yang takut dan menangis boleh bertukar menunjukkan senyuman yang menakutkan.

Sumber google: Muka Ganesh asalnya takut bertukar menunjukkan senyuman yang menakutkan.

Ganesh menjadi ganas dengan mengangkat mayat adik Aniket sebagai perisai melindungi dirinya daripada terkena tembakan. Ganesh yang memegang pistol terus menembak bertalu-talu tanpa belas kesian menyebabkan kesemua penjahat terbunuh.

Kematian Aniket dan konco-konconya di atas kapal tidak dapat dikesan siapa pelakunya termasuk penjahat seorang lagi bernama Abhinay. Ganesh berjaya melepaskan diri. Dan Abhinay mencari siapa pembunuh adiknya pula.

Sumber google : Abhinay mencari siapa pembunuh adiknya pula.

Walau pun, filem ini memang tidak logik terutama melibatkan scene pergaduhan tetapi disebabkan filem ini memberikan jalan cerita yang tidak dijangka menjadikan filem ini sangat best dan tidak boring.

Bila menonton filem ini, kita akan tertanya siapa Ganesh yang sebenarnya, bagaimana dia menjadi seorang gangster yang kejam sebelum ini dan siapa adik perempuan Ganesh sehingga akhir cerita adiknya masih tidak tahu siapa sebenar abangnya..

Thamizh  merayu jangan tembak abangnya sedangkan Ganesh muka senyum sinis je

Disebabkan filem Vedalam sebuah filem mencapai box office, filem ini akan dikeluarkan versi Hindi dilakonkan John Abraham…bila nak start shooting … tak comfirm lagi… tunggu je laa..

Apalagi, jom anda semua menonton filem tamil Vedalam dan mencari jawapannya kesudahan filem ini..

1215total visits,40visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *