Filem Antarabangsa

Filem Seram : The Possession of Hannah Grace

Spread the love

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua….

Review filem kali ini sebuah filem seram genre supernatural horror bertajuk The Possession of Hannah Grace telah ditayangkan pada tahun 2018.

Pada permulaan filem ini , saya bayangkan ala-ala filem Exorcism yang dilaksanakan oleh paderi-paderi untuk menghalau syaitan yang merasuk badan seorang wanita tetapi sebaliknya jalan cerita filem ini lain pulak.

Watak utama cerita ini sebenarnya merupakan seorang bekas pegawai polis wanita bernama Megan Reed (Shay Mitchell) yang mengalami kemurungan dan berhenti kerja sebagai anggota polis setelah kawannya mati terbunuh ketika bertugas.

Megan telah memulakan kerjaya barunya di bilik mayat di sebuah hospital. Setiap malam Megan bertugas seorang diri di bilik mayat dan ditemani oleh 2 orang pengawal keselamatan tetapi mereka duduk di kaunter luar.

Tugas Megan adalah memeriksa setiap mayat yang dihantar untuk tujuan rekod seperti mengambil gambar, membuat catatan, dan mengambil cap jari mayat.

Pada suatu malam, Megan menerima mayat wanita yang keadaan teruk dengan tidak diketahui punca kematiannya. Tanpa pengetahuan Megan, mayat wanita itu bernama Hannah (Kirby Johnson) yang sebenarnya telah mati 3 bulan yang lepas.

Semasa Megan mengambil gambar mayat tersebut, beberapa kejadian aneh berlaku seperti kamera dan komputer tidak berfungsi, gegaran di laci dan yang menakutkan mayat Hannah sentiasa berubah kedudukannya.

Tetapi Megan menganggap semua yang berlaku adalah halunisasinya sendiri disebabkan dia ada mengambil pil ubat anti kemurungan.

Pada masa yang sama seorang lelaki telah mencerobohi bilik mayat dan lelaki tersebut telah memberi amaran kepada Megan bahawa mayat Hannah itu sebenarnya masih hidup dan perlu dibakar.

Lelaki itu mencuri dan cuba membakar mayat Hannah tetapi tidak berjaya. Sebaliknya mayat tersebut telah hidup dan membakar lelaki itu di depan mata Megan. Megan mula mempercayai kata lelaki tersebut tetapi sudah terlambat.

Mayat itu mula menganggu Megan.. Sejak itu, Megan mula menyiasat siapa Hannah…

Seperti filem seram yang lain, filem ini juga menunjukkan kuasa syaitan yang suka mendera mangsa dahulu seperti mematahkan tulang mangsa dengan menggunakan telekinesis sahaja, memusnahkan alat elektronik tanpa menyentuhnya dan bergerak cepat di sekitar bangunan tanpa sesiapa yang menyedarinya. Tetapi jangan bimbang, cerita ini masih best untuk ditonton.

Walaupun filem ini membariskan pelakon watak kecil dan lokasi terhad banyak berlaku di bilik mayat dan kawasan hospital. Tetapi, filem ini masih menayangkan scene yang mendebarkan kerana menunjukkan seorang wanita bekerja di bilik mayat seorang diri dan menunggu mayat baru setiap masa pada waktu malam.

Sekiranya anda berminat filem seram moden ini, saya mengesyorkan anda untuk menonton filem The Possession of Hannah Grace.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *