Filem Antarabangsa

Filem Seram Fiksyen : The Silence (2019)

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Review filem kali ini sebuah filem seram fiksyen genre suspen dan misteri dengan kehadiran mahkluk seperti kelawar dikenali sebangai vesps. Filem ini lebih kurang filem The Quiet Place dan Bird Box tetapi berbeza jalan cerita.

Mahluk vesps ini akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja yang bercakap dan berbunyi .

Apabila saya menonton filem ini, saya bayangkan jalan cerita yang menarik dengan kehadiran pelakon popular seperti Kiernan Shipka(filem The Blackcoat’s Daughter) dan Stanley Tucci (filem Captain America : The First Avenger, The Hunger Games)

Walau pun, pada awal cerita ini mendebarkan namun apabila pertengahan cerita seolah-olah jalan cerita ini tidak menjurus keluarga Hugh menyelamatkan diri daripada serangan mahkluk vesps tetapi mereka berdepan dengan kumpulan fanatik agama yang misteri (ahlinya semua tidak ada lidah macam kena potong) yang berminat dengan Ally.

Pengakhiran cerita ini pun tergantung seolah-olah penulis skrip kehabisan idea atau mungkin ada kesinambungan filem ini.

Sinopsis Filem The Silence (2019)

Filem ini mengisahkan sebuah bandar di USA diserang oleh sejenis mahkluk kelawar dikenali sebagai vesps yang menyerang manusia tidak kira waktu siang atau malam. Mahkluk ini sebenarnya tiada mata dan bergantung kepada pendengaran yang tajam. Kerajaan US telah mengarahkan rakyatnya tinggal di rumah dengan stay quiet.

Sepasang suami isteri, Hugh dan Kelly bersama anaknya Ally (yang cacat pendengaran akibat kemalangan), anak lelakinya Jude, nenek Lyn (sakit kanser peparu), Otis (anjing peliharaan Jude) telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan luar bandar. Pemergian mereka disertai oleh kawan Hugh bernama Glenn.

Dalam perjalanan ke kawasan luar bandar, Hugh sekeluarga dan sahabatnya menggunakan jalan pintas untuk mengelak kesesakan orang ramai keluar dari bandar.

Semasa perjalanan, Hugh mengalami kemalangan dan Glenn cuba untuk menyelamatkan Hugh tetapi tidak berjaya keluarkan daripada kenderaan. Hugh sekeluarga terpaksa meninggalkan Glenn walau bagaimanapun Hugh sekeluarga pun tidak selamat apabila diserang oleh sekumpulan mahkluk vesps di dalam kereta kerana anjingnya menyalak.

Hugh terpaksa lepaskan anjing kesayangan anaknya, kerana menyalak yang menyebabkan mahkluk tersebut menyerang mereka

Hugh sekeluarga meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk mencari tempat perlindungan memandangkan hari sudah gelap.

Akhirnya mereka terjumpa sebuah rumah untuk menumpang berteduh tetapi malangnya tuan rumah tidak benarkan mereka menumpang dan tuan rumah akhirnya terbunuh ketika cuba menghalau Hugh sekeluarga.

Semasa mereka duduk di rumah tersebut, keluarga Hugh didatangi dengan golongan agama yang pelik dengan keadaan tidak berlidah. Mereka berinteraksi menggunakan buku catatan.

Melalui pertemuan itu, kumpulan misteri tersebut mahukan anak mereka Ally untuk masuk kumpulan mereka. Hugh menolak permintaan mereka dan kumpulan ini mengambil tindakan untuk menculik Ally.

Hugh dan neneknya terpaksa melawan kumpulan tersebut sehinggakan nenek Ally mati terbunuh kerana mempertahankan Ally.

Pada masa yang sama Ally mendapat tahu tempat yang selamat daripada makhluk vesps iaitu di kawasan sejuk. Hugh sekeluarga mengambil keputusan berhijrah ke tempat sejuk. Bila Ally duduk tempat baru akhirnya dia bertemu kekasihnya disana dan bersama-sama berburu vesps. Pengakhiran cerita macam itu sahaja.

325total visits,5visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *