Filem Antarabangsa

Filem Seram : Eerie (2019)

Spread the love

Apa khabar semua. Kali ini saya bercadang nak tukar format cara review filem bagi memudahkan pembaca faham dan berminat untuk membaca review filem yang ditulis oleh saya. Tak naklaa orang kata review syok sendiri pulak.





Filem : Eerie (2019)  | Genre : Seram, Misteri | Negara : Filipina |Running Time:  1 Jam 50 Minit | Pelakon Utama: Bea Alonzo, Charo Santos-Concio, Jake Cuenca, Maxene Magalona | Pengarah:  Mikhail Red

Sinopsis

Filem ini berkisarkan sekitar tahun 1995, seorang guru kaunselor bernama Pat Consolacion yang bertugas di sebuah Sekolah Katolik di Sta Lucia cuba menyelesaikan misteri kematian anak muridnya bernama Clara.

Pat tidak mempercayai Clara mati akibat dicekik oleh Fidel lebih-lebih lagi Fidel telah bekerja di sekolah tersebut sejak berpuluh tahun.

Pat mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kematian Clara tanpa pengetahuan pihak sekolah.

Semasa Pat menjalankan siasatan, dia telah mensyaki Sister Alice terlibat dengan kematian Clara. Sister Alice merupakan seorang pengetua yang tidak disukai oleh pelajar-pelajar kerana sikapnya yang tegas dan garang.

Pat merasakan Sister Alice hanya mengutamakan reputasi sekolah berbanding keselamatan pelajar-pelajar. Pat telah diberi amaran oleh Sister Alice agar tidak masuk campur kes kematian Clara.

Semasa Pat siapa pembunuh sebenar Clara, dia bertemu dengan bekas pelajar bernama Eri yang pernah bersekolah tersebut sebelum ini.

Melalui Eri, Pat telah mengetahui banyak rahsia sekolah termasuk Sister Alice.

Review Filem Eerin (2019)

Filem Eerie merupakan sebuah filem seram tipikal berkisarkan misteri pelajar mati di sekolah. Motif utama filem ni, hantu balas dendam ke atas orang yang tak nak kawan dengan dia dengan cara merasuk manusia untuk membunuh .

Jalan cerita filem ini berlatarkan zaman 1990 an dengan menggunakan persekitaran pada waktu malam sahaja berlaku di sekolah dan asrama membuatkan filem ni seram dan ditambah kejutan yang tidak dijangkakan.

Bagi menambah keseraman cerita ini, pengarah meletakkan asrama sekolah berkeadaan gelap sahaja dan hanya bergantung lampu di luar bangunan sahaja. Bayangkan pelajar yang hendak pergi ke tandas kena guna lampu suluh.

Walaupun keseraman ada dalam filem ini tetapi sepanjang tempoh 45 minit, saya masih tak faham apa penceritaan filem ini…. saya menonton hanya nak tahu misteri kematian Clara, Erika dan apa terjadi kepada kawan-kawan Clara.

Filem ini diselamatkan dengan watak utama Bea Aloza sebagai guru kaunselor yang mempunyai sifat empati yang tinggi, lemah lembut dan mesra dengan pelajar menyebabkan ramai pelajar jumpa mengadu dengannya.

Kelebihan Pat boleh berkomunikasi dengan roh dan dia sanggup membantu pelajar walaupun pelajar tu sudah mati. Setiap hari Pat bekerja sehingga lewat malam untuk menyelesaikan masalah anak murid. Malah sanggup melanggar peraturan dan dia sendiri dikenakan tindakan diberhentikan kerja.

Pada awal filem ini, watak Charo Santos-Concio sebagai Sister Alice digambarkan seorang yang menakutkan dan jahat … rupa-rupanya Sister Alice juga menjadi mangsa keadaan dalam kejadian pelajar bunuh diri.

Secara kesimpulannya, sebagai peminat filem seram khususnya negara Filipina, Eerie bukanlah filem terbaik berbanding filem seram Filipina seperti Feng Sui (2004), Sukoob (2006) dan The Road (2011). Bagi saya, filem ini boleh sahaja ditonton sebagai menambah koleksi tontonan filem anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *