Filem Antarabangsa

Filem Korea : The Dude in Me (2019)

Spread the love

Filem : The Dude in Me (2019)  | Genre : Komedi, Fantasi | Negara : Korea|Running Time:  2 Jam 02 Minit | Pelakon Utama: Jin Young, Park Sung Woong, Lee Soo Min, Ra Min Ran, Kim Kwang Kyu|  Pengarah:   Kang Hyo-jin

Sinopsis

Mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Dong-Hyun (Jin Young) telah jatuh dari bumbung bangunan terhempap ke atas seorang Ketua Gangster bernama Pan-Soo (Park Sung-Woong) yang ketika itu sedang lalu kawasan tersebut.

Apabila kedua-dua dimasukkan hospital, sesuatu kejadian ajaib berlaku di antara mereka berdua, roh mereka telah bertukar di antara Dong Hyun dan Pan Soo!

Review Filem : The Dude in Me (2019)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Review kali ini sebuah filem komedi yang betul-betul lawak dan menghiburkan sehingga jalan cerita selama 2 jam sampai tak perasan sehh…

Cerita ini berjaya menarik hati penonton dengan watak Pan Soo sebagai gangster yang ditakuti oleh musuh-musuhnya, pandai berlawan, mempunyai badan yang sado, hanya makan makanan berkhasiat, pembersih dan sentiasa berpakaian smart telah tertukar badan kepada budak sekolah bernama Dong Hyun yang berumur 17 tahun yang gemuk, miskin dan sentiasa dibuli kawan-kawan.

Watak Park Sung-Woong sebagai Ketua Gengster

Cerita ni menjadi menarik apabila Pan Soo tidak dapat menerima bentuk badan Dong Hyun yang gemuk dan kuat makan. Bila Pan Soo berada dalam badan Dong Hyun, dia terpaksa meneruskan kehidupan sebagai remaja berumur 17 tahun.

Watak Jin Young sebagai pelajar sekolah yang gemuk

Di sekolah ramai tidak suka dan selalu membuli Dong Hyun. Pan Soo yang telah berada dalam badan Dong Hyun tidak tahan dengan perangai pelajar-pelajar yang suka membuli lalu melawan balik dengan memukul pelajar tersebut sehingga mereka takut dengan Dong Hyun yang baru.

Pada suatu hari, Pan Soo mendapat tahu rupa-rupanya kawan perempuan kelasnya bernama Hyun Jung yang selalu kena buli adalah anak kandungnya sendiri semasa dia mempunyai hubungan dengan kekasih lama bernama Mi Sun (Ra Mi Ran).

Pan Soo yang pada mula nak berhenti sekolah tapi tak jadi kerana nak menjaga anaknya yang sentiasa kena buli dengan pelajar nakal.

Ketika itulah, Pan Soo bertukar menjadi seorang lelaki yang amik berat dan penyayang terhadap Hyun Jung. Namun Hyun tidak tahu kawan lelakinya itu adalah bapanya Pan Soo.

Dalam filem ini dibantu juga dengan watak Man Chul (Joon Hyuk Lee) iaitu seorang gangster yang ganas tapi mempunyai sifat melucukan sentiasa setia dengan bos Pang Soo.

Watak Man Chul setia kepada Pan Soo (Dong Hyun)

Man Chul telah menjaga Pan Soo ketika dalam keadaan koma. Bila dia mendapat tahu bos dia bertukar badan dan tetap setia membantu bosnya apabila Pan Soo minta bantuan.

Sambil tu boleh pulak dia nasihatkan bosnya supaya menjaga kesihatan supaya tak kena diabetes, suruh jangan pukul pelajar bila diarah memukul dan selalu mengusik bosnya walau pun Pan Soo seorang yang garang.

Pan Soo menyuruh Man Chul mengajarkan anak dia seni pertahanan diri supaya tidak lemah berdepan pelajar-pelajar yang membulinya.

Pada masa yang sama, Pan Soo membuat senaman untuk menguruskan berat badan Hyun.

Apabila Pang Soo / Dong Hyun menjadi kurus , ramai pula minat dengan Dong Hyun tetapi Pan Soo hanya minat dengan Mi Sun. Masa ini lah, banyak salah faham Hyun Jung kepada Dong Hyun kerana dia ingat Dong Hyun menggatal dengan emaknya Mi Sun.

Dong Hyun sudah kurus

Tidak lama kemudian, Dong Hyun yang betul terjaga dari koma dan dia balik ke rumah malangnya bapanya sendiri pun tidak kenal dia kerana wajahnya yang berbeza.

Bila Dong Hyun palsu terserempak dengan Pan Soo palsu

Dong Hyun palsu terserempak dengan Pan Soo palsu dan mereka terperanjat lebih-lebih lagi badan Dong Hyun telah menjadi kurus.

Semasa Pang Soo koma di hospital, kehidupan sebenarnya di dunia gengster menjadi kucar kacir termasuk isterinya yang curang dengannya. Ramai gangster-gangster lain nak rampas kuasanya.

Ayah mertuanya Pang Soo mendapat tahu anak sendiri telah mengelap duit syarikatnya dan dia bercadang nak menyerahkan syarikatnya kepada menantunya Pang Soo.

Walau bagaimanapun, Pang Soo menolak mewaris kekayaan mertuanya dan dia hendak menjalani kehidupan biasa. Isteri Pang Soo membalas dendam dengan melanggar Pang Soo.

Pada ketika itu, badan mereka berdua bertukar semula. Akhirnya Pang Soo dan pembantunya Man Chul berhenti daripada menjadi gangster dan mereka membantu Min Su berniaga. Sementara Dong Hyun dan Hyun Jung mereka berdua akhirnya bercouple.

Dong Hyun dan Hyun Jung akhirnya couple walaupun tak suka awalnya

P.s : Tak minat dengan watak Mi Sun yang dilakonkan oleh Ra Min Ran sebab macam terlalu tua untuk berlakon dengan Jung Jin Young. Patut amik pelakon macam Kim Ha Neul, Choi Ji Woo dan paling sesuai Kim Hee Sun.

Watak Mi Sun sesuai dilakonkan oleh Kim Ha Neul, Choi Ji Woo dan Kim Hee Sun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *