Filem Antarabangsa

Filem Korea : Memoir of a Murderer (2017)

Spread the love

Filem : Memoir of a Murderer (2017)  | Genre : Suspen,Thriller, Psycho, Misteri | Negara : Korea|Running Time:  1 Jam 52 Minit | Pelakon Utama:  Sol Kyung-gu, Kim Seol Hyun, Oh Dal Su, Hwang Seok Jeong |  Pengarah: Won Shin Yun

Sinopsis

Filem ini mengisahkan seorang bekas pembunuh bersiri bernama Byeong-Soo (Sol Kyung-Gu) yang kini menderita penyakit Alzheimer dan tinggal bersama anak perempuan bernama Eun-Hee (Seol Hyun). Pada masa yang sama, telah berlaku sekali lagi beberapa kes pembunuhan di sekitar bandar Byeong-Soo tinggal. Byeong-Soo telah mensyaki seorang anggota polis bernama Min Tae-Joo yang melakukan pembunuh disebabkan dia pernah menjumpai darah di dalam kereta Min Tae-Joo. Lebih memburukkan lagi Min Tae-Joo telah bercinta dengan Eun-Hee anak Byeong-Soo. Untuk melindungi anak perempuannya, Byeong-Soo berjuang untuk menguatkan ingatannya dan membunuh Tae-Joo.

Review Filem Korea: Memoir of a Murderer

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Sebagai peminat filem bergenre thriller dan suspen, filem Korea Memoir Of A Murderer merupakan salah satu filem yang patut anda tontoni dan tidak akan mengecewakan anda semua.

Filem ini dimainkan pelakon yang hebat iaitu Byeong-Soo (Sol Kyung-Gu) yang melakonkan watak sebagai bekas pembunuh bersiri yang menghidap penyakit Alzheimer. Akibat penyakit tersebut, ingatan Byeong-Soo tidak kuat dan dia tidak melakukan membunuh lagi.

Kemudian, Byeong-Soo bekerja sebagai doktor veterinar sebagai mengkaburi kepada masyarakat setempat termasuk anak perempuannya sendiri.

Setelah beberapa tahun tiada berlaku pembunuhan, sekali lagi penduduk di kawasan tersebut dikejutkan dengan pembunuhan bersiri melibatkan 2 orang wanita.

Byeong-Soo telah mensyaki seorang anggota polis bernama Min Tae-Joo yang melakukan pembunuhan tersebut setelah Byeong-Soo menjumpai darah di bonet kereta Min Tae-Joo. Ketika itu berlaku kemalangan di antara mereka berdua.

Byeong-Soo telah memberitahu kepada ketua polis untuk menyiasat sample darah yang dijumpainya namun tiada bukti lebih-lebih lagi Min Tae-Joo telah manipulasi bukti tersebut.

Apabila Min Tae-Joo mengetahui Byeong-Soo mula menyiasat tentang dirinya, Min Tae-Joo telah berpura-pura menjalinkan hubungan dengan anak Byeong-Soo.

Di situla berlaku konflik apabila seorang bekas pembunuh yang cuba melindungi anaknya berkawan dengan pembunuh bersiri yang lain. Ditambah lagi Min Tae-Joo juga mensyaki Byeong-Soo yang merupakan pembunuh yang telah lama polis mencari sejak 17 tahun yang lalu.

Byeong-Soo yang kerap hilang ingatan dan cuba mengingatkan setiap perkara yang berlaku sama ada benar berlaku atau tidak. Disitulah, Min Tae-Joo mengambil kesempatan ke atas Byeong-Soo ketika dia telah lupa.

Tanda-tanda Byeong-Soo hilang ingatan apabila mukanya akan berubah dengan mata dia akan berkelip-kelip dan dia akan memakai selipar atau kasut terbalik.

Penyakit Byeong Soo semakin lama semakin teruk sehinggakan dia pernah mencekik anaknya yang disangkakan anaknya seorang wanita yang lain. Byeong Soo juga menganggap dia selalu berjumpa dengan kakaknya sedangkan kakaknya telah lama mati.

Untuk menghindarkan diri dari lupa ingatan Byeong Soo akan merekodkan suaranya dan mencatatkan jurnal kehidupannya di dalam komputer riba untuk memudahkan dia mengingatkan kembali perkara yang telah brlaku.

Rupa-rupanya penyakit Alzheimer yang dihidapi oleh Byeong-Soo berlaku sejak anaknya Eun-Hee (Seol Hyun) masih kecil lagi selepas Byeong-Soo mendapat kemalangan.

Semenjak isterinya mati, Byeong-Soo telah menjaga anaknya sejak kecik lagi. Lebih memgejutkan Eun-Hee bukanlah anak kandung Byeong-Soo yang sebenar.

Di akhiri cerita, pengarang filem ini berjaya membawa penonton sentiasa berfikir dan tertanya-tanya siapakah pembunuh yang sebenarnya. Adakah Byeong-Soo atau Min Tae-Joo? Yang pastinya setiap kali saya meneka siapa pembunuhnya pasti salah tekaan saya..

Jadi, jangan lupa saksikan filem ini !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *