Drama Korea

Drama Korea Zombie Terbaik Tahun 2019 : Kingdom

Spread the love

Assalammualaikum pembaca semua….

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri…. Maaf Zahir dan Batin..

Kali ini saya nak review sebuah drama siri dari Korea Selatan bergenre historical zombie thriller bertajuk Kingdom yang ditayangkan di Netflix sejak 25 Januari 2019 lalu.

Drama ini diadaptasi web komik berjudul “Burning Hell Shinui Nara” yang ditulis Kim Eun Hee (penulis drama Signal) dan pengarah bernama Yang Kyung Il dengan menayangkan 6 episod pada musim 1 dengan membelanjakan kos sebanyak 1.6 juta US dollar.

Drama ini tidak ditayangkan di stesen tv Korea dan hanya ditayangkan di Netflix sahaja.

Ini disebabkan pengarah Yang Kyung diberi kebebasan untuk berkarya dan drama ini banyak menunjukkan adegan kejam seperti leher putus, aksi perlawanan yang kejam dan wajah-wajah zombie mengerikan yang tidak sesuai ditayangkan di stesen tv di korea.

Drama ini menceritakan misteri munculnya manusia zombie akibat penularan wabak penyakit yang tidak ketahui yang berlaku semasa Kerajaan Joseon (1392-1920).

Pada ketika itu, berlaku perebutan kuasa di antara Golongan Bangsawan dengan Putera Mahkota semasa ketiadaan raja Jaseon (bapa Putera Mahkota) yang sedang sakit .

Suasana politik yang dikuasai oleh Menteri atau Golongan Bangsawan yang sentiasa memeras rakyat menyebabkan rakyat hidup susah, tetapi berbeza perwatakan Putera Mahkota yang sanggup melanggar protokol sebagai seorang anak raja semata-mata untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Watak zombie dalam drama ini juga berbeza dengan zombie filem Train to Busan kerana mereka akan “mati” hibernasi (tidak aktif) pada waktu siang hari dan hanya hidup (bangun) apabila matahari terbenam.

Pada awal kemunculan zombie, kita mesti tertanya-tanya kenapa tidak sahaja penduduk di situ bunuh atau bakar mayat-mayat zombie pada waktu siang iaitu ketika zombie kembali “mati” .

Tetapi pada ketika itu kepercayaan dan keagamaan rakyat Josean amat kuat dan tidak membenarkan mayat waris atau keluarga mereka dibakar sebarangan.

Secara keseluruhannya, drama ini merupakan sebuah drama yang hebat dengan setiap adegan yang difilemkan di setiap sudut nampak realistik dan mengagumkan di samping sinematografi yang kemas dan watak-watak yang hebat serta lakonan yang baik.

Semasa menonton kita juga turut merasa berdebar-debar menanti malam menjelma dan menungggu zombie hidup kembali.

Yang sedihnya drama Kingdom ini hanya mempunyai 6 episod sahaja untuk Musim 1 dan pengembaraan musim 2 baru bermula pada bulan Februari 2019. Drama ini musim 2 dijangka ditayangkan pada tahun depan, tetapi sebagai peminat drama korea terpaksa bersabar menanti kesinambungan drama ini.

Sinopsis Drama Korea : Kingdom

Drama ini mengisahkan seorang Putera Mahkota dinasti Joseon, Lee Chang (Joo Ji Hoon) yang dituduh untuk merampas takhta ayahanda baginda yang sedang gering.

Ketika Raja sedang gering, istana Raja dikawal oleh gundik raja Permaisuri Jo (Kim Hye-Jun) dan bapanya Menteri Raja Jo Hak-Joo (Ryoo Seung-Ryong) dengan tidak membenarkan sesiapa untuk melawat Raja termasuk anakanda sendiri Putera Mahkota Lee Chang.

Putera Mahkota merasakan sesuatu yang pelik dan menyelinap masuk ke istana Raja. Dia terperanjat melihat seolah-olah bayang-bayang raksasa dan berbau busuk di bilik Raja. Putera Mahkota telah ditemui Pengawal Raja dan diiringi keluar dari istana.

Putera Mahkota tidak sempat menjumpai ayahandanya. Putera Mahkota mula risau keadaan ayahandanya dan mencurigai permaisuri dan Menteri Raja.

Putera Mahkota dan bersama pengawal peribadi Moo Young (Kim Sang Ho) telaha pergi ke pinggir negara di Dongnae untuk mencari seorang tabib Raja sebelum ini yang telah dibehentikan secara- tiba-tiba oleh Menteri Raja.

Apabila mereka tiba rumah tabib tersebut, mereka mendapati rumah itu dipenuhi dengan darah di merata-rata tempat dan pagar rumah dikelilingi dengan pacakan buluh yang tajam. Lebih memeranjatkan Putera Mahkota telah menjumpai berpuluh-puluh mayat ditemui di bawah rumah.

Putera Mahkota Lee Chang dan Moo-Young kemudian mengetahui bahawa satu-satunya orang yang telah selamat dari rumah tersebut iaitu pembantu tabib Seo-Bi ​​(Bae Doo-Na).

Mereka mula mencari Seo-Bi dan menjumpai beliau dengan keadaan pucat di hutan. Dia memberitahu bahawa mayat di rumah tabib tidak mati dan mayat tersebut akan bangkit tidak lama lagi untuk membunuh.

Apakah terjadi seterusnya… jangan lupa menonton drama Kingdom !

Penilaian 8/10

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *