Drama Korea

Drama Korea : Good Witch (2018)

Spread the love

Drama : Good Witch|Genre : Romantik Komedi|Negara : Korea|Episode:  40 (35 minit 1 episod) |Pelakon Utama :  Lee Da Hae, Ryu Soo Youn, Bae Soo Bin, Lee Deok Hwa | Pengarah: Oh Se Gang |Episode:  40 (35 minit 1 episod) | Pelakon Utama:  Lee Da Hae, Ryu Soo Youn, Bae Soo Bin, Lee Deok Hwa | Pengarah: Oh Se Gang

Sinopsis

Mengisahkan sepasang kembar bernama Cha Sun-Hee dan Cha Do-Hee (Lee Da Hae) yang mempunyai perwatakan berbeza. Sun Hee seorang kakak yang tidak mempunyai pekerjaan tetap telah berkahwin dengan Bong Cheon-Dae (Bae Soo Bin) dan mempunyai seorang anak perempuan. Sun Hee mempunyai perwatakan yang baik, setia kepada suami, lemah lembut dan suka membantu orang. Manakala adik kembarnya Do-Hee bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan Doeghoe yang mempunyai perwatakan pemarah, kasar dan kaki cukur kepada lelaki kaya. Pada suatu hari, Do Hee telah dimasukkan hospital dan memerlukan rawatan yang berpanjangan di hospital. Dia telah meminta kakaknya Sun Hee menggantikan tempatnya sebagai pramugari untuk menyelesaikan tugas misteri di syarikat penerbangan Donghoe. Di situlah Sun Hee telah bertemu dengan juruterbang bernama Song Woo Jin (Ryu Soo Young).

Review Drama Korea : Good Witch

Pasangan kembar Cha Sun Hee dan Cha Do Hee yang berlainan perwatakan

Drama ini dimainkan pelakon senior dalam industri Kdrama iaitu Lee Da Hae yang popular dengan drama My Girl dan Hotel King. Lee Da Hae telah berjaya membawa watak kembar yang mempunyai sifat baik dan jahat. Kembar baik yang bernama Cha Sun-Hee suka membantu orang sehingga orang lain mengambil kesempatan terhadapnya. Manakala watak adik bernama Cha Do Hee yang mempunyai sifat negatif iaitu bercita-cita tinggi sehingga sanggup melanggar undang-undang untuk mencapai matlamatnya.

Sebagai kakak, Su Hee telah banyak berkorban untuk keluarganya dengan memberi peluang kepada Da Hae sambung belajar sedangkan Sun Hee terpaksa bekerja untuk membantu ibunya dan Da Hae.

Kehidupan Cha Sun Hee dan Cha Do Hee yang berbeza

Sun Hee telah bercinta dan berkahwin dengan Bong Cheon-Dae (Bae Soo Bin) namun suaminya seorang pemalas dan lebih malang lagi ibu mertuanya juga bergantung duit Su Hee. Walau bagaimanapun, Sun Hee tetap melayan dan menjaga suami dan ibu mertuanya dengan baik.

Suami dan ibu mertua Sun Hee yang pemalas

Dalam drama ini kita berasa sakit hati apabila adik beradik kembar pun sanggup membenci kembarnya iaitu kakaknya sendiri Su Hee. Dae Hae membenci kepada Sun Hee dan menganggap Sun Hee terlampau baik sangat dengan orang sekelilingnya, suka hidup bersederhana dan tidak bercita-cita tinggi.

Bagi Da Hae yang penting dalam kehidupan adalah duit, kuasa dan pangkat. Da Hae bekerja sebagai pramugari dan berjaya mendapat pengiktirafan pramugari terbaik di syarikat penerbangan Donghae dengan cara menggunakan pengaruh orang atasan. Dia digelar sebagai ahli Sihir Kejam dan tidak disukai oleh kawan-kawan sekerjanya.

Namun, Da Hae telah jatuh sakit dan meminta Sun Hee menyamar sebagai dirinya dan menjalankan tugas pramugari. Sun Hee yang mempunyai hati yang lembut telah bersetuju untuk membantu adiknya.

Cha Do Hae sedang menerima rawatan

Sun Hee cuba menyamar sebagai Da Hae yang mempunyai sifat tegas dan garang namun sifat baiknya di dalam dirinya telah menjadikan penyamarannya menjadi lucu.

Ditambah dengan Sun Hee tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai pramugari telah menjadi keadaan kucar kacir. Pada masa yang sama kerja-kerja jahat dilakukan oleh Da Hae telah berjaya dibetulkan oleh Sun Hee. Su Hee juga telah banyak membantu rakan dan syarikat penerbangan Do Hae sehingga dia digelar sebagai Ahli Sihir Penyelamat oleh rakan sekerja.

Cerita ini bertambah menarik apabila Sun Hee (Da Hae) terpaksa berpura-pura menyukai Kapten Song demi Da Hae setelah dia mendapat tahu Da Hae menyukai Kapten Song.

Sebelum ini, Kapten Song memang tidak suka dengan Da Hae, lebih-lebih lagi, Kapten Song seorang yang tidak mempercayai sebuah perkahwinan dan tidak suka ada komitmen dengan wanita.

Inilah hero Sun Hee dan Da Hae

Sun Hee (Da Hae) telah berjaya membuka hati Kapten Song. Namun, Sun Hee menganggap Kapten Song menyintai Da Hae kerana dia menyamar sebagai Da Hae.

Sun Hee (Da Hae) dengan Kapten Song

Disebabkan Sun Hee telah berkahwin bermacam-macam aksi kelakar untuk menyorok penyamarannya daripada suami, ibu mertuanya dan orang sekeliling seolah-olah macam cinderella dengan menukar menjadi Su Hee sebenar. Namun, perkahwinan Su Hee tidak dapat bertahan setelah suaminya telah curang banyak kali dan mereka akhirnya bercerai.

Bermula episod 24, Da Hae telah mula sedar dari koma, Da Hae masih tidak berubah perangainya dan tidak insaf malah lagi teruk dia meneruskan kerja-kerja jahatnya. Dia masih membuli kakaknya walaupun Su Hee telah banyak membantu dirinya sepanjang dia tidak sedar diri.

Keluarga Kapten bertemu dengan Keluarga Dae Hae

Cerita menjadi konflik apabila Dae Hae mula mengetahui Kapten Song menyukai Sun Hee (sedangkan Kapten Song masih tidak tahu Sun Hee menyamar sebagi Do Hae), dia dapat merasakan Kapten Song berasa sangsi terhadap dirinya. Ini membuatkan Da Hae bertambah membenci Su Hee.

Kapten Song terserempak Sun Hae kembar Do Hae

Di samping jalan cerita bertemakan cinta, terdapat juga berlakunya konflik dalam syarikat penerbangan yang melibatkan penyelewengan kuasa dan rasuah.

OST dalam drama ini memang terbaik dinyanyikan oleh Jung Chang Hoon bertajuk No More Tears apabila menunjukkan scene sedih antara Kapten Song dan Sun Hee.  

Kapten Song masih tidak mengenal Sun Hee (Da Hae)

Cerita ni sememang best, 40 episod menonton macam sekejap sahaja tamat (sebenarnya 35 minit 1 episod)…. disebabkan nak tengok progress percintaan Sun Hee menjadi saya tidak sabar hendak menonton setiap episod. Drama ini berakhir dengan happy ending 😉

Jangan lupa menonton drama Good Witch !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *