• Filem Antarabangsa

    Filem Korea : The Dude in Me (2019)

    Filem : The Dude in Me (2019)  | Genre : Komedi, Fantasi | Negara : Korea|Running Time:  2 Jam 02 Minit | Pelakon Utama: Jin Young, Park Sung Woong, Lee Soo Min, Ra Min Ran, Kim Kwang Kyu|  Pengarah:   Kang Hyo-jin

    Sinopsis

    Mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Dong-Hyun (Jin Young) telah jatuh dari bumbung bangunan terhempap ke atas seorang Ketua Gangster bernama Pan-Soo (Park Sung-Woong) yang ketika itu sedang lalu kawasan tersebut.

    Apabila kedua-dua dimasukkan hospital, sesuatu kejadian ajaib berlaku di antara mereka berdua, roh mereka telah bertukar di antara Dong Hyun dan Pan Soo!

    Review Filem : The Dude in Me (2019)

    Assalammualaikum dan salam sejahtera.

    Review kali ini sebuah filem komedi yang betul-betul lawak dan menghiburkan sehingga jalan cerita selama 2 jam sampai tak perasan sehh…

    Cerita ini berjaya menarik hati penonton dengan watak Pan Soo sebagai gangster yang ditakuti oleh musuh-musuhnya, pandai berlawan, mempunyai badan yang sado, hanya makan makanan berkhasiat, pembersih dan sentiasa berpakaian smart telah tertukar badan kepada budak sekolah bernama Dong Hyun yang berumur 17 tahun yang gemuk, miskin dan sentiasa dibuli kawan-kawan.

    Watak Park Sung-Woong sebagai Ketua Gengster

    Cerita ni menjadi menarik apabila Pan Soo tidak dapat menerima bentuk badan Dong Hyun yang gemuk dan kuat makan. Bila Pan Soo berada dalam badan Dong Hyun, dia terpaksa meneruskan kehidupan sebagai remaja berumur 17 tahun.

    Watak Jin Young sebagai pelajar sekolah yang gemuk

    Di sekolah ramai tidak suka dan selalu membuli Dong Hyun. Pan Soo yang telah berada dalam badan Dong Hyun tidak tahan dengan perangai pelajar-pelajar yang suka membuli lalu melawan balik dengan memukul pelajar tersebut sehingga mereka takut dengan Dong Hyun yang baru.

    Pada suatu hari, Pan Soo mendapat tahu rupa-rupanya kawan perempuan kelasnya bernama Hyun Jung yang selalu kena buli adalah anak kandungnya sendiri semasa dia mempunyai hubungan dengan kekasih lama bernama Mi Sun (Ra Mi Ran).

    Pan Soo yang pada mula nak berhenti sekolah tapi tak jadi kerana nak menjaga anaknya yang sentiasa kena buli dengan pelajar nakal.

    Ketika itulah, Pan Soo bertukar menjadi seorang lelaki yang amik berat dan penyayang terhadap Hyun Jung. Namun Hyun tidak tahu kawan lelakinya itu adalah bapanya Pan Soo.

    Dalam filem ini dibantu juga dengan watak Man Chul (Joon Hyuk Lee) iaitu seorang gangster yang ganas tapi mempunyai sifat melucukan sentiasa setia dengan bos Pang Soo.

    Watak Man Chul setia kepada Pan Soo (Dong Hyun)

    Man Chul telah menjaga Pan Soo ketika dalam keadaan koma. Bila dia mendapat tahu bos dia bertukar badan dan tetap setia membantu bosnya apabila Pan Soo minta bantuan.

    Sambil tu boleh pulak dia nasihatkan bosnya supaya menjaga kesihatan supaya tak kena diabetes, suruh jangan pukul pelajar bila diarah memukul dan selalu mengusik bosnya walau pun Pan Soo seorang yang garang.

    Pan Soo menyuruh Man Chul mengajarkan anak dia seni pertahanan diri supaya tidak lemah berdepan pelajar-pelajar yang membulinya.

    Pada masa yang sama, Pan Soo membuat senaman untuk menguruskan berat badan Hyun.

    Apabila Pang Soo / Dong Hyun menjadi kurus , ramai pula minat dengan Dong Hyun tetapi Pan Soo hanya minat dengan Mi Sun. Masa ini lah, banyak salah faham Hyun Jung kepada Dong Hyun kerana dia ingat Dong Hyun menggatal dengan emaknya Mi Sun.

    Dong Hyun sudah kurus

    Tidak lama kemudian, Dong Hyun yang betul terjaga dari koma dan dia balik ke rumah malangnya bapanya sendiri pun tidak kenal dia kerana wajahnya yang berbeza.

    Bila Dong Hyun palsu terserempak dengan Pan Soo palsu

    Dong Hyun palsu terserempak dengan Pan Soo palsu dan mereka terperanjat lebih-lebih lagi badan Dong Hyun telah menjadi kurus.

    Semasa Pang Soo koma di hospital, kehidupan sebenarnya di dunia gengster menjadi kucar kacir termasuk isterinya yang curang dengannya. Ramai gangster-gangster lain nak rampas kuasanya.

    Ayah mertuanya Pang Soo mendapat tahu anak sendiri telah mengelap duit syarikatnya dan dia bercadang nak menyerahkan syarikatnya kepada menantunya Pang Soo.

    Walau bagaimanapun, Pang Soo menolak mewaris kekayaan mertuanya dan dia hendak menjalani kehidupan biasa. Isteri Pang Soo membalas dendam dengan melanggar Pang Soo.

    Pada ketika itu, badan mereka berdua bertukar semula. Akhirnya Pang Soo dan pembantunya Man Chul berhenti daripada menjadi gangster dan mereka membantu Min Su berniaga. Sementara Dong Hyun dan Hyun Jung mereka berdua akhirnya bercouple.

    Dong Hyun dan Hyun Jung akhirnya couple walaupun tak suka awalnya

    P.s : Tak minat dengan watak Mi Sun yang dilakonkan oleh Ra Min Ran sebab macam terlalu tua untuk berlakon dengan Jung Jin Young. Patut amik pelakon macam Kim Ha Neul, Choi Ji Woo dan paling sesuai Kim Hee Sun.

    Watak Mi Sun sesuai dilakonkan oleh Kim Ha Neul, Choi Ji Woo dan Kim Hee Sun
  • Filem Antarabangsa

    Filem Seram : Eerie (2019)

    Apa khabar semua. Kali ini saya bercadang nak tukar format cara review filem bagi memudahkan pembaca faham dan berminat untuk membaca review filem yang ditulis oleh saya. Tak naklaa orang kata review syok sendiri pulak.

    
    
    
    
    

    Filem : Eerie (2019)  | Genre : Seram, Misteri | Negara : Filipina |Running Time:  1 Jam 50 Minit | Pelakon Utama: Bea Alonzo, Charo Santos-Concio, Jake Cuenca, Maxene Magalona | Pengarah:  Mikhail Red

    Sinopsis

    Filem ini berkisarkan sekitar tahun 1995, seorang guru kaunselor bernama Pat Consolacion yang bertugas di sebuah Sekolah Katolik di Sta Lucia cuba menyelesaikan misteri kematian anak muridnya bernama Clara.

    Pat tidak mempercayai Clara mati akibat dicekik oleh Fidel lebih-lebih lagi Fidel telah bekerja di sekolah tersebut sejak berpuluh tahun.

    Pat mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kematian Clara tanpa pengetahuan pihak sekolah.

    Semasa Pat menjalankan siasatan, dia telah mensyaki Sister Alice terlibat dengan kematian Clara. Sister Alice merupakan seorang pengetua yang tidak disukai oleh pelajar-pelajar kerana sikapnya yang tegas dan garang.

    Pat merasakan Sister Alice hanya mengutamakan reputasi sekolah berbanding keselamatan pelajar-pelajar. Pat telah diberi amaran oleh Sister Alice agar tidak masuk campur kes kematian Clara.

    Semasa Pat siapa pembunuh sebenar Clara, dia bertemu dengan bekas pelajar bernama Eri yang pernah bersekolah tersebut sebelum ini.

    Melalui Eri, Pat telah mengetahui banyak rahsia sekolah termasuk Sister Alice.

    Review Filem Eerin (2019)

    Filem Eerie merupakan sebuah filem seram tipikal berkisarkan misteri pelajar mati di sekolah. Motif utama filem ni, hantu balas dendam ke atas orang yang tak nak kawan dengan dia dengan cara merasuk manusia untuk membunuh .

    Jalan cerita filem ini berlatarkan zaman 1990 an dengan menggunakan persekitaran pada waktu malam sahaja berlaku di sekolah dan asrama membuatkan filem ni seram dan ditambah kejutan yang tidak dijangkakan.

    Bagi menambah keseraman cerita ini, pengarah meletakkan asrama sekolah berkeadaan gelap sahaja dan hanya bergantung lampu di luar bangunan sahaja. Bayangkan pelajar yang hendak pergi ke tandas kena guna lampu suluh.

    Walaupun keseraman ada dalam filem ini tetapi sepanjang tempoh 45 minit, saya masih tak faham apa penceritaan filem ini…. saya menonton hanya nak tahu misteri kematian Clara, Erika dan apa terjadi kepada kawan-kawan Clara.

    Filem ini diselamatkan dengan watak utama Bea Aloza sebagai guru kaunselor yang mempunyai sifat empati yang tinggi, lemah lembut dan mesra dengan pelajar menyebabkan ramai pelajar jumpa mengadu dengannya.

    Kelebihan Pat boleh berkomunikasi dengan roh dan dia sanggup membantu pelajar walaupun pelajar tu sudah mati. Setiap hari Pat bekerja sehingga lewat malam untuk menyelesaikan masalah anak murid. Malah sanggup melanggar peraturan dan dia sendiri dikenakan tindakan diberhentikan kerja.

    Pada awal filem ini, watak Charo Santos-Concio sebagai Sister Alice digambarkan seorang yang menakutkan dan jahat … rupa-rupanya Sister Alice juga menjadi mangsa keadaan dalam kejadian pelajar bunuh diri.

    Secara kesimpulannya, sebagai peminat filem seram khususnya negara Filipina, Eerie bukanlah filem terbaik berbanding filem seram Filipina seperti Feng Sui (2004), Sukoob (2006) dan The Road (2011). Bagi saya, filem ini boleh sahaja ditonton sebagai menambah koleksi tontonan filem anda…

  • Filem Antarabangsa

    Filem Seram Fiksyen : The Silence (2019)

    Assalammualaikum dan salam sejahtera,

    Review filem kali ini sebuah filem seram fiksyen genre suspen dan misteri dengan kehadiran mahkluk seperti kelawar dikenali sebangai vesps. Filem ini lebih kurang filem The Quiet Place dan Bird Box tetapi berbeza jalan cerita.

    Mahluk vesps ini akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja yang bercakap dan berbunyi .

    Apabila saya menonton filem ini, saya bayangkan jalan cerita yang menarik dengan kehadiran pelakon popular seperti Kiernan Shipka(filem The Blackcoat’s Daughter) dan Stanley Tucci (filem Captain America : The First Avenger, The Hunger Games)

    Walau pun, pada awal cerita ini mendebarkan namun apabila pertengahan cerita seolah-olah jalan cerita ini tidak menjurus keluarga Hugh menyelamatkan diri daripada serangan mahkluk vesps tetapi mereka berdepan dengan kumpulan fanatik agama yang misteri (ahlinya semua tidak ada lidah macam kena potong) yang berminat dengan Ally.

    Pengakhiran cerita ini pun tergantung seolah-olah penulis skrip kehabisan idea atau mungkin ada kesinambungan filem ini.

    Sinopsis Filem The Silence (2019)

    Filem ini mengisahkan sebuah bandar di USA diserang oleh sejenis mahkluk kelawar dikenali sebagai vesps yang menyerang manusia tidak kira waktu siang atau malam. Mahkluk ini sebenarnya tiada mata dan bergantung kepada pendengaran yang tajam. Kerajaan US telah mengarahkan rakyatnya tinggal di rumah dengan stay quiet.

    Sepasang suami isteri, Hugh dan Kelly bersama anaknya Ally (yang cacat pendengaran akibat kemalangan), anak lelakinya Jude, nenek Lyn (sakit kanser peparu), Otis (anjing peliharaan Jude) telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan luar bandar. Pemergian mereka disertai oleh kawan Hugh bernama Glenn.

    Dalam perjalanan ke kawasan luar bandar, Hugh sekeluarga dan sahabatnya menggunakan jalan pintas untuk mengelak kesesakan orang ramai keluar dari bandar.

    Semasa perjalanan, Hugh mengalami kemalangan dan Glenn cuba untuk menyelamatkan Hugh tetapi tidak berjaya keluarkan daripada kenderaan. Hugh sekeluarga terpaksa meninggalkan Glenn walau bagaimanapun Hugh sekeluarga pun tidak selamat apabila diserang oleh sekumpulan mahkluk vesps di dalam kereta kerana anjingnya menyalak.

    Hugh terpaksa lepaskan anjing kesayangan anaknya, kerana menyalak yang menyebabkan mahkluk tersebut menyerang mereka

    Hugh sekeluarga meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk mencari tempat perlindungan memandangkan hari sudah gelap.

    Akhirnya mereka terjumpa sebuah rumah untuk menumpang berteduh tetapi malangnya tuan rumah tidak benarkan mereka menumpang dan tuan rumah akhirnya terbunuh ketika cuba menghalau Hugh sekeluarga.

    Semasa mereka duduk di rumah tersebut, keluarga Hugh didatangi dengan golongan agama yang pelik dengan keadaan tidak berlidah. Mereka berinteraksi menggunakan buku catatan.

    Melalui pertemuan itu, kumpulan misteri tersebut mahukan anak mereka Ally untuk masuk kumpulan mereka. Hugh menolak permintaan mereka dan kumpulan ini mengambil tindakan untuk menculik Ally.

    Hugh dan neneknya terpaksa melawan kumpulan tersebut sehinggakan nenek Ally mati terbunuh kerana mempertahankan Ally.

    Pada masa yang sama Ally mendapat tahu tempat yang selamat daripada makhluk vesps iaitu di kawasan sejuk. Hugh sekeluarga mengambil keputusan berhijrah ke tempat sejuk. Bila Ally duduk tempat baru akhirnya dia bertemu kekasihnya disana dan bersama-sama berburu vesps. Pengakhiran cerita macam itu sahaja.

  • Filem Antarabangsa

    Filem Romantik Komedi : Making Family

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

    Hari ini saya nak rekomen sebuah filem berbentuk romantik komedi dan berunsur kekeluargaan melibatkan pelakon lelaki dari negara China dan pelakon wanita dari negara Korea.

    Cerita ni dah banyak kali saya tonton dan tidak membosankan lebih-lebih ada kanak-kanak comel yang berlakon bernama Mason Moon.

    Filem ini ditayangkan pada tahun 2016 yang dilakonkan oleh pelakon dari negara China ini bernama Aarif Rahman atau Arif Lee. Jangan salah sangka, Aarif bukan beragama Islam sebabnya dia sendiri tidak praktik dalam kehidupannya sebagai seorang muslim.

    Sejak dulu lagi sudah ada pelakon yang beragama Kristian tetapi menggunakan nama Islam seperi pelakon bernama Omar Sharif … jadi nama Islam tak semestinya seseorang itu beragama Islam.

    Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang bijak dan comel bernama Tae Bong (dilakonkan Mason Moon) yang tinggal bersama ibunya Go Mi Yeon (dilakonkan Kim Ha Neul) di Korea.

    Tae Bong mendapat tahu dia dilahirkan melalui penderma sperma berasal dari negara China (Tae Bong sendiri jumpa doktor di hospital tempat dia dilahirkan untuk mengetahui asal usul dia tanpa pengetahuan ibunya).

    Ibunya Mi Yeon mengandung tanpa lelaki di sisi adalah sebabnya…

    Tae Bong teringin sangat hendak berjumpa dengan bapanya dan dia seorang diri menaiki flight ke negara China untuk mencari ayahnya. Keberanian dan kebijaksanaan Tae Bong dapat dilihat dia melepasi kerani kaunter tiket semasa menyerahkan passport.

    Semasa sampai di China, Tae Bong menaiki teksi seorang diri ke rumah bapanya Liyan (lakonan Aarif Rahman).

    Apabila Tae Bong datang dari jauh mahu berjumpa dengan berjumpa dengan ayahnya tetapi Liyan tidak mempercayai Tae Bong tu anaknya dan terus menghantar Tae Bong ke balai polis.

    Tae Bong telah ditinggalkan di Balai Polis. Namun, kebijaksanaan Tae Bong , dia berjaya melepaskan diri daripada pihak polis.

    Sementara Mi Yeon turut pergi ke negara China dengan keadaan tergesa-gesa setelah mendapat tahu anaknya pergi seorang diri. Mi Yeon berjumpa dengan keluarga bapa kepada anaknya. dan meminta bantuan mencari anaknya Tae Bing.

    Pertemuan tersebut menyebabkan keluarga Liyan terperanjat yang anak lelakinya mempunyai anak berusia 9 tahun sedangkan Liyan masih muda dan tidak berkahwin lagi.

    Bapa Liyan telah menghalau Mi Yeon dan menganggap Mi Yeon menipu dan hanya hendakkan harta keluarga Liyan.

    Tetapi nenek Liyan minta bapa Liyan bersabar dan meminta mendengar kata-kata Liyan dahulu.

    Sebenarnya hubungan Liyan dan bapanya tidak baik sejak 10 tahun lalu.

    Liyan sebenarnya seorang anak muda datang dari keluarga kaya tetapi bapa Liyan tidak suka Liyan menjadi pelukis sehinggakan Liyan melarikan diri dan hidup tanpa bantuan keluarga.

    Nenek Liyan dan Mi Yeon pergi ke rumah Liyan untuk mencari Tae Bong. Di situlah, pertama kali Mi Yeon berjumpa Liyan.

    Mi Yeon sangat marah dengan Liyan kerana meninggalkan Tae Bong di Balai Polis, Nenek Liyan meredakan keadaan mereka berdua dan mereka bersama-sama pergi mengambil Tae Bong di Balai Polis.

    Nenek Liyan mempercayai Tae Bong adalah cucunya dan dia cuba merapatkan hubungan Liyan dan Mi Yeon dengan mengadakan percutian keluarga di kampung.

    Mi Yeon terpaksa ikut percutian tersebut disebabkan tiket kapal terbang telah habis dijual.. (ini disebabkan nenek Liyan telah membeli semua tiket kapal terbang ke Korea.

    Semasa di kampung , hubungan Liyan dan Mi Yeon tidaklah begitu baik, tetapi Tae Bong cuba berusaha mengambil hati Liyan dan keluarga bapanya.

    Namun usaha Tae Bong untuk mengambil hati Liyan tidak kesampaian apabila nenek Liyan jatuh sakit dan bapa Liyan telah meminta Miyeon dan Tae Bong pergi dari situ.

    Tae Bong telah mengajak ayahnya Liyan mengikutnya balik ke Korea dan tinggal bersama-sama dengan ibunya menjadi sebuah keluarga. Tapi Liyan masih berkeras hati untuk menerima Tae Bong sebagai anaknya walau pun hatinya berbelah bagi pada ketika itu.

    Tae Bong dan ibunya balik ke Korea tanpa Liyan. Tae Bong meneruskan kehidupannya bersama ibunya seperti dulu.. dan satu hari Liyan telah datang ke Korea…

    Filem ini sebuah cerita yang ringan disulami komedi romantik dengan gelagat comel Tae Bong pasti anda seronok menonton filem ini..

    Jangan lupa tonton filem ini …

  • Filem Antarabangsa

    Filem Seram : The Possession of Hannah Grace

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua….

    Review filem kali ini sebuah filem seram genre supernatural horror bertajuk The Possession of Hannah Grace telah ditayangkan pada tahun 2018.

    Pada permulaan filem ini , saya bayangkan ala-ala filem Exorcism yang dilaksanakan oleh paderi-paderi untuk menghalau syaitan yang merasuk badan seorang wanita tetapi sebaliknya jalan cerita filem ini lain pulak.

    Watak utama cerita ini sebenarnya merupakan seorang bekas pegawai polis wanita bernama Megan Reed (Shay Mitchell) yang mengalami kemurungan dan berhenti kerja sebagai anggota polis setelah kawannya mati terbunuh ketika bertugas.

    Megan telah memulakan kerjaya barunya di bilik mayat di sebuah hospital. Setiap malam Megan bertugas seorang diri di bilik mayat dan ditemani oleh 2 orang pengawal keselamatan tetapi mereka duduk di kaunter luar.

    Tugas Megan adalah memeriksa setiap mayat yang dihantar untuk tujuan rekod seperti mengambil gambar, membuat catatan, dan mengambil cap jari mayat.

    Pada suatu malam, Megan menerima mayat wanita yang keadaan teruk dengan tidak diketahui punca kematiannya. Tanpa pengetahuan Megan, mayat wanita itu bernama Hannah (Kirby Johnson) yang sebenarnya telah mati 3 bulan yang lepas.

    Semasa Megan mengambil gambar mayat tersebut, beberapa kejadian aneh berlaku seperti kamera dan komputer tidak berfungsi, gegaran di laci dan yang menakutkan mayat Hannah sentiasa berubah kedudukannya.

    Tetapi Megan menganggap semua yang berlaku adalah halunisasinya sendiri disebabkan dia ada mengambil pil ubat anti kemurungan.

    Pada masa yang sama seorang lelaki telah mencerobohi bilik mayat dan lelaki tersebut telah memberi amaran kepada Megan bahawa mayat Hannah itu sebenarnya masih hidup dan perlu dibakar.

    Lelaki itu mencuri dan cuba membakar mayat Hannah tetapi tidak berjaya. Sebaliknya mayat tersebut telah hidup dan membakar lelaki itu di depan mata Megan. Megan mula mempercayai kata lelaki tersebut tetapi sudah terlambat.

    Mayat itu mula menganggu Megan.. Sejak itu, Megan mula menyiasat siapa Hannah…

    Seperti filem seram yang lain, filem ini juga menunjukkan kuasa syaitan yang suka mendera mangsa dahulu seperti mematahkan tulang mangsa dengan menggunakan telekinesis sahaja, memusnahkan alat elektronik tanpa menyentuhnya dan bergerak cepat di sekitar bangunan tanpa sesiapa yang menyedarinya. Tetapi jangan bimbang, cerita ini masih best untuk ditonton.

    Walaupun filem ini membariskan pelakon watak kecil dan lokasi terhad banyak berlaku di bilik mayat dan kawasan hospital. Tetapi, filem ini masih menayangkan scene yang mendebarkan kerana menunjukkan seorang wanita bekerja di bilik mayat seorang diri dan menunggu mayat baru setiap masa pada waktu malam.

    Sekiranya anda berminat filem seram moden ini, saya mengesyorkan anda untuk menonton filem The Possession of Hannah Grace.

  • Filem Antarabangsa

    Filem Psychological Thriller : Greta

    Apa khabar semua… kali ni saya nak review adalah sebuah filem Psychological Thriller dari negara US dan Ireland ditayangkan di US pada tahun 2018  yang menarik ditonton kepada mereka peminat filem misteri, thriller dan psychological.

    Filem ini dibintangi oleh pelakon wanita terkenal bernama Chloë Grace Moretz  yang mula berlakon sejak kecil lagi dari filem popular remake bertajuk  The Amityville Horror.

    Dalam filem ini, Chloe melakonkan watak gadis yang baru kematian ibu dan sering diganggu atau stalker seorang perempuan tua yang misteri yang dilakonkan pelakon Oscar dari negara Perancis terkenal iaitu Isabelle Huppert.

    Apa yang menarik tentang cerita ini kita  jarang menonton filem orang wanita yang berumur  bersifat evil yang mengambil kesempatan daripada kebaikan orang lain, creepy dan kejam. Yelaa… selalu yang jadi stalker adalah kaum lelaki yang minat kat wanita … sori kaum Adam…

    Pengajaran yang kita bole dapat, apabila menonton filem ni adalah kita perlu berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali walaupun orang itu seorang wanita.

    Sinopsis  Filem Greta

    Frances McCullen (Chloë Grace Moretz ) adalah seorang pelayan muda  yang baru kehilangan ibu  dan kini menjalani kehidupan  di New York City bersama rakan baik bernama Erica Penn.

    Setelah kematian ibunya, hubungan Frances dengan ayahnya Chris (Colm Feore) tidak begitu baik kerana bapanyanya seorang workaholic. 

    Frances telah menemui beg tangan milik seorang wanita Perancis yang bernama Greta Hideg (Isabelle Huppert) di dalam kereta api dan mengembalikan beg tangan kepada Greta. Frances mula berkenalan  dengan Greta yang mana merupakan seorang ibu tunggal berkerja sebagai  guru piano dan mempunyai seorang anak perempuannya yang sedang belajar di Paris.

    Beg yang ditemui oleh Frances

    Pada suatu hari, Frances datang ke rumah Greta dan mereka memasak  bersama-sama untuk menyiapkan makan malam.

    Hubungan baik Frances dan Gerta

    Ketika Greta di dapur, Frances sedang mencari lilin di laci dan Frances menemui beberapa buah beg tangan yang sama dengan yang ditemui di kereta bawah tanah.

    Frances menjumpai sesuatu

    Setiap Beg tersebut mempunyai nama dan nombor telefon orang.  Frances mula rasa berdebar-debar dan panik dengan Greta sehingga dia tidak menghabiskan makan malam dan terus meminta pulang ke rumah secara tiba-tiba. Dan pada malam itu jugak Frances memutuskan hubungan dengan Greta.

    Sejak kejadian itu, Greta mula menggangu Frances dengan menghantar mesej dan meninggalkan panggilan  missed call sebanyak 80 kali dalam satu masa.

    Di tempat kerja Frances, Greta juga sanggup berdiri di luar restoran memerhati Frances dari pagi sehingga malam.

    Gerta sedang mengendap Frances di tempat kerja

    Walaupun Frances menghubungi pihak polis, tetapi polis pun tidak boleh membantu Frances  disebabkan Greta berada di tempat awam. Sejak tu, Frances rasa tidak selamat dan selalu diekori oleh Greta.

    Greta juga pernah meludah dengan chew gum ke rambut Erica dan pernah mengekori serta menghantar gambar-gambar  Erica kepada Frances.

    Pada suatu ketika Greta telah mengamuk di restoran tempat Frances bekerja dan akhirnya Greta ditangkap oleh polis tapi dibebaskan disebabkan kes ini mengambil masa berbulan-bulan.

    Erica memberitahu Chris tentang apa terjadi kepada Frances dan Chris merasa risau dan meminta anaknya Frances pindah duduk bersamanya.

    Frances serba salah untuk berpindah meninggalkan Erica kerana Greta pernah menganggu Erica.

    Sementara itu, Frances diberitahu oleh seseorang wanita yang pernah kenal Greta memaklumkan anak perempuan Greta sebenarnya telah membunuh diri dan tidak pernah ke Perancis. Ini menambah ketakutan Frances kepada Greta.

    Erica mencadangkan Frances berjumpa dengan Greta dan berpura-pura meminta maaf apa yang terjadi sebelum ini dan Frances memberitahu yang dia akan berpindah.

    Apabila Frances berjumpa dengan Greta dan dapat merasakan Frances telah berbohong kepadanya.

    Greta telah menculik Frances dan membawa ke rumah Greta serta menyembunyikan Frances di dalam sebuah peti kayu yang besar.

    Greta menggunakan telefon Frances ‘untuk menghantar teks kepada Erica dan Chris untuk memberitahu mereka yang kononnya Frances sedang bercuti sambil menghantar gambar lama kepada Erica dan Chris.

    Frances merayu kepada Greta agar tidak mengurungnya di dalam peti dan berjanji akan mendengar kata Greta. Greta mendengar kata Frances dan memaksa Frances belajar piano dan Hungary.

    Sepanjang Frances duduk bersama Greta, Frances cuba untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya.

    Bapa Frances, Chris  mendapat tahu anaknya telah hilang apabila mendapati anaknya bukan bersama  Erica. Dia mengupah seorang penyiasat persendirian bernama Brian Cody untuk menyiasat Greta.

    Brian telah menyiasat tentag Greta dan mendapati Greta  adalah seorang jururawat yang  menyalahgunakan ubat tidur dan sepatutnya ditahan di Hungary.

    Penyiasat datang ke rumah Frances

    Semasa penyiasatan dijalankan, Brian telah pergi ke rumah Greta dan mendapati Frances disembunyikan di dalam bilik rahsia dan Greta telah menembak  Brian sehingga mati.

    Hari seterusnya, Greta sekali lagi meninggalkan beg tangan untuk mangsa di kereta api bawah tanah.

    Seorang wanita telah menjumpai beg tangan dan membawa ke rumah Greta. Greta telah menyediakan minuman kepada wanita itu dalam diam-diam wanita telah memasukkan sesuatu di dalam cawan Greta.

    Ketika itu, Frances yang berada dibilik rahsia telah mendengar ada tetamu yang datang dan mencuba mendapatkan perhatian wanita itu dengan mengoyang katil dengan keadaan dirinya yang terikat, tetapi tidak berjaya.

    Greta telah minum kopi yang dituangnya sendiri  dan mula merasa pening. Tiba-tiba Greta ditumbuk oleh wanita itu dan Greta pengsan. Wanita itu telah menanggal rambut palsunya dan wanita itu adalah Erica. Erica telah menjumpai Frances  di bilik rahsia dengan keadaan Frances kaki dan tangan diikat di atas katil di bilik yang gelap.

    Apabila Greta telah sedar dari pengsan, Greta dan Erica bergelut semasa hendak menyelamatkan Frances. Akhirnya, Greta pengsan sekali lagi, Erica mahu membunuh Frances tetapi dihalang dan Frances dan mencadangkan Greta  dikurung dalam kotak besar.

    Filem ini berakhir apabila Greta mencuba membuka kotak tersebut.

    Selamat menonton!

    PENILAIAN: 7/10

  • Filem Antarabangsa

    Filem Psychological Thriller : The Body (El Cuerpo)

    Salam semua, dah setahun saya tak menulis….disebabkan kesibukan dan macam2 halangan… akhirnya… saya nak mula balik menulis dan berkongsi  dengan anda semua filem dan drama dari pelbagai negara yang pernah saya tonton.

    Filem pertama saya nak review adalah sebuah filem Psychological Thriller dari  negara Sepanyol tahun 2012 yang menarik ditonton kepada mereka peminat filem misteri, thriller dan psychological.

                               Filem The Body (El Cuerpo) 

    Review Filem The Body (El Cuerpo)

    Kisah ini bermula mayat seorang wanita kaya bernama Mayka yang mati akibat serangan sakit jantung telah hilang dari Rumah Mayat secara tiba-tiba.

    Suami wanita tersebut bernama Álex Ulloa seorang usahawan yang berkarisma, kacak dan merupakan seorang Ahli Kimia di sebuah universiti sebelum berkahwin dengan Mayka. Alex diminta membantu penyiasatan kehilangan isterinya.

       Inspector Jaime beritahu Alex mayat isterinya telah hilang

    Seorang anggota polis bernama Inspector Jaime Peña yang berpengalaman ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan Mayka dan telah mensyaki Alex mempunyai hubung kait kematian isterinya.

    Semasa penyiasatan dijalankan, Inspector Jaime Peña telah menjumpai bukti Álex  cuba membunuh Mayka apabila menjumpai ubat TH-16 yang merupakan toksin yang dihasilkan oleh syarikat famaseutikal Mayka.

    Ubat tersebut mampu menghentikan dengupan jantung manusia apabila minum ubat tersebut. Alex tidak mengaku membunuh Mayka.

    Alex mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelajar bernama Clara dan merasakan perkahwinannya dengan Mayka tidak diselamatkan kerana dia tidak menyintai Mayka.

    Cerita ini semakin menarik apabila berlaku perkara misteri kepada Alex iaitu Alex mendapat surat misteri di tandas lelaki  dan panggilan telefon milik isteri Alex  di bilik mayat.

    Alex suspek Mayka masih hidup dan mahu membalas dendam terhadapnya kerana  kecurangan Alex dan Mayka telah mengupah penyiasat upahan untuk menyiasat kecurangan Alex sebelum dia mati.

    Semasa penyiasatan dijalankan Alex dihubungi teman wanitanya, Clara memaklumkan  dia diekori oleh seseorang tidak kenal dan talian tersebut tiba-tiba terputus. Alex yang berasa bimbang keselamatan Clara meminta Inspector Jaime pergi  menyelamatkan Clara.

                       Clara Teman wanita Alex

    Inspector Jaime meminta anggotanya menyiasat dan mencari Clara. Apa yang mengejutkan tiada rekod wanita bernama Clara sepertimana Alex ceritakan Clara adalah teman wanitanya dan alamat pangsapuri yang diduduki oleh Clara juga tidak berpenghuni dan  sudah lama kosong.

    Inspector Jaime diberitahu bahawa ada mayat dijumpai di hutan kemungkinan mayat Mayka. Namun, Alex memikirkan itu adalah mayat Clara. Alex dibawa Inspector Jaime ke tempat tersebut untuk membuat pengecaman. Setelah mereka sampai di tempat tersebut…. mayat yang dijumpai adalah seorang wanita….siapakah mayat tersebut…

    Siapa sebenarnya Clara?

    Apa yang terjadi dengan Clara?

    Siapa yang membunuh Mayka?

    Apa kesudahan cerita ini …

    Sepanjang filem ini penonton sentiasa akan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dan kenapa.  Kesudahan filem ini juga lain daripada lain… dan ANDA tidak menjangkakan…

    Apa yang boleh dikatakan susunan jalan ceritanya begitu baiknya sehingga kita rasakan kita dipermainkan oleh watak-watak dalam cerita ini.

    So, jangan lupa tengok kesudahan filem The Body (El- Cuerpo) !

    Selamat menonton!

    PENILAIAN: 8/10

    Remake : The Vanished (Korea Movie)