• Corat -coret

    Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16

    Sumber: satujohor.net

    Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Istiadat Pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI pada 30 Julai 2019 bersamaan 27 Zulkaedah 1440H.

    Dan setinggi-tinggi tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj.

    Sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Pos Malaysia Berhad hari ini mengeluarkan koleksi khas setem.

    Setem peringatan ini didatangkan dalam denominasi 60 sen, 80 sen dan RM1, memaparkan koleksi potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpakaian rasmi.

    Koleksi Setem dikeluarkan sebanyak 300,000 keping dan dijual di semua pejabat pos di seluruh negara bermula 31 Julai 2019.

  • Corat -coret

    Guru Berbangsa India Memberi Pengajaran Kepada Seorang Bapa

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

    Sepanjang minggu ini saya sibuk berjumpa guru sekolah agama dan sekolah kebangsaan untuk membincangkan prestasi akademik anak-anak(report card day).

    Pada zaman sekarang ini, ibu bapa sudah boleh semak keputusan peperiksaan anak di laman web sahaja…. Sampai anak pun tak tahu keputusan peperiksaan mereka di dalam kelas… kita pula yang beritahu keputusan kepada anak-anak… Jadi anak-anak sekarang dah tak boleh sorok keputusan peperiksaan dengan ibu bapa…

    Berbeza zaman dulu..mami sempatlaa sorok report card dari atok nenek…hahahhaa

    Tapi bila dah zaman canggih ini dah bole semak keputusan pada bila-bila masa… sampai mood buat keja pun bole hilanglaa… bila dapat tengok result anak…

    Sebenarnya setiap tahun semua sekolah memang akan mengadakan perjumpaan ibu bapa bagi membincangkan prestasi akademik peperiksaan pertengahan tahun anak-anak.

    Al kisah, pada malam sebelum saya datang ke sekolah, anak saya dah pesan, mami nanti bila datang ke sekolah jumpa cikgu jangan lama-lama tau… cikgu dah pesan …

    Amboi…bagusnyer cikgu… siap pesan kt anak supaya kita tak boleh tanya banyak-banyak laa… tuuu.. sebenarnya saya rasa dah 2 tahun jadi macam ni… cikgu awal-awal dah pesan kat murid… ibu bapa tak bole lama-lama jumpa cikgu …

    Sebagai mami yang positif, kita fikirlaa benda-benda baik dan cakap benda baik kat anak… yang cikgu sibuk nak bincang dengan ibu bapa yang lain… itulaa sebab ibu bapa kena jumpa sekejap je dengan cikgu… lagipun dah ada whatsapp bole je tanya cikgu kalau ada tanya pasal anak…

    Tapi lain pulak dengan encik izman.pauzi mendapat pengalaman berjumpa guru berbangsa India di sekolah anaknya yang tidak lokek berkongsi ilmu tentang pendidikan anak-anak walaupun berlainan agama..

    Sumber : Izman Pauzi

    Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa. Antara tips adalah:-

    • Sediakan jadual belajar di rumah dan pastikan mereka ikut.
    • SETIAP HARI, kena buat 5 soalan mathematics. Kena ajar dan minta anak buat. Hari ini buat 5 soalan operasi tambah, esok buat 5 soalan operasi bahagi. Bila anak sudah pandai, tambah jadi 10 soalan sehingga mereka mahir.
    • Subjek English dan BM, PAKSA anak baca satu petikan karangan setiap hari dan fahamkan. Kena baca untuk pemahaman dan tambah kosa kata. They don’t have any choice.”

    ANAK-ANAK hanya boleh tengok tv dan phone, pada hujung minggu sahaja tapi mereka juga kena belajar juga. Control their time.”

    Walaupun, cikgu ni berbangsa lain tetapi tidak lokek nak berkongsi ilmu dengan bangsa lain… Inilah guru yang kita mahukan.. mengajar dan mendidik tanpa mengira bangsa dan agama…

    Semoga guru-guru di luar sana dapat memberi inspirasi dan mendidik anak-anak tidak kira bangsa tanpa mengerti penat lelah demi masa depan anak murid.

    Terima kasih Cikgu …

  • Corat -coret

    Penerbangan AirAsia Dari Melaka ke Penang Bermula 1 Julai 2019

    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya,

    Sebagai orang Melaka rasa berbangga syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad telah bermula penerbangan dari Melaka – Penang pada 1 Julai 2019.

    Yang menariknya penerbangan Melaka -Penang hanya mengambil masa 1 jam 5 minit sahaja dengan tujuh kali seminggu penerbangan dengan harga tiket RM79 bagi laluan sehala.

    Jadi, kepada orang Melaka, Penang dan Perlis dah boleh balik ke kampung pada masa cuti sekolah dan musim perayaan dengan naik kapal terbang dari Melaka.. dan dah tak payah nak tempuh jem lagi.

    Masa saya baca facebook Ketua Menteri Melaka Tuan Adly, ada orang yang mengesyorkan penerbangan pada masa akan datang dibuka laluan baharu ke Sabah, Sarawak dan Singapura.

    Ini disebabkan ramai orang Sabah Sarawak merantau berkerja Melaka terutama di Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang dan Kem Tentera, Terendak. Penerbangan dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ini lagi mudahkan dan menjimatkan kos kepada mereka yang nak balik ke kampung Sabah Sarawak tanpa pergi ke KLIA.

    Pada masa ini, Syarikat Malindo Air sudah pun beroperasi penerbangan dari Melaka- Langkawi, Melaka – Kota Bharu dan Melaka – Pekanbaru.

    Sebagai penduduk Melaka berharap syarikat AirAsia dan Malindo terus memberi perkhidmatan berterusan kepada negeri Melaka dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan.

    Sesiapa nak melancong atau balik kampung bole menempah tiket di laman https://www.airasia.com/ms/my dan https://www.airpaz.com/en/airlines/OD-Malindo-Air?/

  • Corat -coret

    Cabaran Kurus 100 Hari Dengan Diet Intermittent Fasting(IF)

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua…

    Memandangkan tempat kerja saya membuat Cabaran Kurus 100 Hari, rasanya ini lah peluang nak sambung diet selepas sebulan raya. Bulan puasa dah elok diet, tapi bila dah raya diet pun ke laut.

    Cabaran kurus ini yang bestnyer menyediakan hadiah tunai sebanyak RM800 untuk tempat pertama. Tempat kedua sebanyak RM600 dan tempat ketiga sebanyak RM400. Siapa tahu, kalau menang…

    Saya ada survey dengan kawan2 ofis yang tengah berdiet …diorang rekomen buat diet Intermittent Fasting (IF). ) Orang kata diet IF ni popular sekarang ni dan diet ni caranya macam berpuasa. Diet ni juga tak payah susah2 nak buat senaman pun dah boleh turun sebanyak 6 kg seminggu.

    Uikkksss.. kalau saya turum 6kg sebulan dah bersyukur laa…. kalau 3 bulan diet IF bole agaknya turun sebanyak 18 kg… Diet IF pun menjimatkan kos malah bagus untuk kesihatan.

    Dulu pernah buat diet Atkins turun jugak 13 kg dalam masa 3 bulan… lepas tu dah berhenti diet dan work out pun tak buat .. berat pun mendadak naik lebih 20 kg…. hahahaha amik kau….

    Sebenarnya, masuk cabaran kurus ini pun boleh bagi motivate kat peserta yang masuk sebab setiap 2 minggu diadakan sessi penimbangan dan siapa ada kenaikan berat sebanyak 100 gram akan dikenakan denda sebanyak RM20.00. Siapa nak menyumbang RM20.00 tu dipersilakan…

    Kalau tak masuk bertanding pun, doktor pun dah nasihatkan supaya kuruskan badan memandangkan umur dah meningkat bermacam-macam penyakit akan datang kalau masih tak berdiet. Cuma masa itu tak tahu bile nak mula diet. Lagi-lagi diet ini perlu semangat juang yang tinggi.

    Sahabat-sahabat doakan saya istiqamah buat diet IF sehingga dapat berat ideal ..

    Apa itu Diet Intermittent Fasting (IF)

    Dari kefahaman saya pasal diet Intermittent Fasting (IF) ini kita mengamalkan puasa daripada makan dalam tempoh 14 hingga 16 jam dengan memberi peluang perut dan usus kita berehat.

    Sebagai contoh kita sehari ada masa 24 jam,

    8 jam kita gunakan untuk makan,

    sedangkan baki 16 jam lagi kita berehat dari makan.

    IF ni mengfokuskan kepada “BILA” masa yang patut kita makan dan BUKAN apa yang nak kita makan .

    Sesiapa yang dah biasa berpuasa lagi senang ikut diet IF bezanya waktu mengambil makanan.

    Jenis-jenis Intermittent Fasting

    1.Daily Intermittent Fasting (16/8): 

    Kaedah dibuat dalam tempoh 24 jam, 16 jam anda gunakan untuk berpuasa, sedangkan 8 jam bakinya pula ialah masa anda untuk makan

    Sebagai contoh, jika hari ini ialah isnin dan anda makan malam pukul 8 PM, maka selepas makan tu anda berpuasa sehinggalah pukul 12 PM tengah hari esok, iaitu hari selasa.… Jadi, pada hari selasa pukul 12 PM sampai 8 PM ialah masa untuk anda makan.

    2. Weekly Intermittent Fasting (Eat-stop-eat): 

    Kaedah dimana anda tak makan selama tempoh 24 jam. Sebagai contoh anda makan malam hari ni maka malam esok hari baru anda dibenarkan untuk makan semula. Kaedah ini boleh anda buat 1 – 2 kali dalam semingg

    3. Alternate Day Intermittent Fasting: 

    Kaedah dimana dalam 1 minggu, anda dibenarkan makan seperti biasa selama 4 hari, sedangkan baki 3 hari tu pula anda berpuasa dalam tempoh 24 jam.

    Dari 3 kaedah di atas ni tadi, saya bercadang nak mengamalkan kaedah 16/8 kerana ialah lebih mudah untuk di amalkan dan ianya juga paling popular.

    Kaedah 16/8 juga yang di sarankan oleh Dr. Siti Aniza Basir bagi mereka yang masih baru join IF.

    Penerangan Ringkas Dr Siti Aniza Basir

    Newbie – disyorkan buat diet 12 jam (Contoh: start last dinner pukol 6.30 petang, esok breakfast pukol 6.30 pagi.

    Bila dah ok,

    Buat 14 jam (Contoh 6.30 petang dinner dan 8.30 breakfast).

    Lepas dah ada semangat kuat teruskan perjua,n

    Buat  16 jam (Contoh : Dinner 6.30 petang, breakfast merangkap lunch kul 10.30).

    Buat Ikut Keperluan sebabnya jika ada kenduri makan pukol 8.30 malam, esok dah tak payah breakfast terus lunch.

    IF ini dapat mengurangkan Craving/Ketaguhan/Sifat nak mengunyah  tak henti-henti… Itulah yang penting..

    Kebaikan Diet Intermittan Fasting

    1. Mengurangkan berat (tanpa memusnahkan otot) dengan mengoptimakan kesihatan;
    2. Mengelakkan daripenyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi;
    3. Melawan penyakit dan mengembalikan keadaan fisiolagi kepada normal (detoksifikasi); dan
    4. Mengawal emosi dan psikologi

    Siapa Dilarang Mengamalkan Intermittent Fasting

    1. Underweight (BMI < 18.5);
    2. Wanita Hamil – anda perlu kan extra nutrien untuk bayi anda;
    3. Ibu yang menyusui anak – anda perlu kan extra nutrien untuk bayi anda; dan
    4. Remaja dibawah umur 18 tahun – anda perlu kan extra nutrien untuk membesar.

    Tips Semasa Melakukan Intermittan Fasting:

    • Jika lapar di pagi hari, anda boleh minum teh hijau atau kopi hitam untuk mengurangkan rasa lapar. Tapi ingat, jangan tambah gula pada minuman anda;
    • Minumlah air yang cukup dan sesuai dengan keperluan badan anda;
    • Disyorkan bersenam untuk dapatkan badan fit; dan
    • Eat Clean

    Apa-apa yang kita hendak buat sesuatu baik kita berdoa dulu

  • Corat -coret

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 H / 1440M

    Assalamualaikum Semua..

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kerana dengan rahmatNya jua kita telah berjaya menyempurnakan ibadah Ramadan dengan sempurna. Alhamdulillah, tahun ini kakak dan adik beraya dengan mami di Melaka.

    Kepada keluarga di Melaka dan Shah Alam, sedara mara, sahabat handai dengan ini saya penuh rasa rendah diri, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin di atas apa jua kesalahan yang menguris perasan sebelum ini.

    Semoga sambutan Syawal yang terindah dan memperolehi keberkatan Ramadan dan dikurniakan rahmat syawal yang berpanjangan.

  • Corat -coret

    Berkongsi Pengalaman Merawat Anak Ekzema Atopic Dermatis

    Assalammualaikum pembaca di sana,

    Saya Adni, ibu kepada 2 orang anak bernama Edlyn dan Emlyn yang masing-masing berumur 12 tahun  dan 9 tahun.

    Kedua-dua anak saya menghidapi sakit ekzema jenis Atopic Dermatis sejak bayi lagi sehingga sekarang tapi semakin lama masalah ekzema telah berkurangan dan semakin pulih. Di sini saya hendak berkongsi pengalaman merawat anak ekzema Atopic Dermatis.

    Pengalaman Merawat Anak Ekzema

    Walaupun anak saya menghidap ekzema sejak lahir, saya kurang gemar mengambil gambar anak dan tidak terfikir langsung nak amik gambar masa anak tengah keradangan ekzema yang teruk.

    Lagipun, tahun 2007 cerita pasal ekzema kurang diberi pendedahan di internet dan jarang dengar penyakit kulit ekzema. Jadi, pengalaman saya menjaga anak ekzema mengikut nasihat doktor termasuk menggunakan ubat-ubat hospital/klinik dan makanan tambahan.

    Bila difikirkan saya sendiri tak pasti mana datangnya penyakit ekzema yang kena pada anak-anak akak.

    Ada kajian mengatakan penyakit ekzema mempunyai talian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.

    Tapi skeluarga saya tidak ada masalah ekzema cuma ada masalah resdung … tapi masa saya mengandungkan anak sulung Edlyn, saya banyak minum soya atau makan fast food seperti McDonald …mungkin salah satu sebab terjadi ekzema.

    Tapi bila anak kedua… saya tak minum soya langsung dan jarang makan makan fast food tapi anak masih kena ekzema jugak…

                           Bila Edlyn tak pantang makanan….jadi macam ni laa..

    Selalunya anak-anak saya mempunyai masalah ekzema di muka, siku, buku lali, peha, pelipat tangan, lutut dan menggaru sehingga luka akibat ekzema menjadikan kulit kering dan berkeruping.

    Tiap-tiap  malam  sudah menjadi kebiasaan anak-anak saya mengaru-mengaru sampai keruping kulit yang kering tertanggal dan bersepah di atas tilam, kerusi kereta dan merata-rata tempat.

                         Ekzema menyebabkan luka teruk di kaki Edlyn

    Kekerapan penggunaan krim steriod sejak kecik lagi menyebabkan tangan dan kaki menjadi kedut dan tebal akibat kesan menggunakan krim tersebut.

                Kaki yang kasar dan tebal kulit akibat menggunakan krim steriod

    Kalau orang luar yang tak kenal saya dan ternampak keadaan kulit anak akak … pasti ada yang tanya … dah jumpa doktor ni… dah cuba ubat ni… dan cuba supplement ni..

    Pertanyaan diorang ini seolah-olah kita TAK PERNAH mencuba mengubat anak kite… kadang-kadang geram jugak tapi semuanya dah jadi biasa pada diri akak. Kena banyak bersabar..

    Yang paling sedih, guru-guru sekolah yang tahu sakit anak saya, mereka tak bagi anak akak aktif sukan… tapi anak-anak saya seorang aktif dan tidak kisah pasal ekzema meraka.

             Walaupun kulit anak masalah, anak tetap aktif (kakak pakai vest merah)

                                      Ekzema bukan penghalang untuk aktif

    Sudah menjadi kebiasaan .. anak-anak asyik bertanya… kenapa kulit adik dan kakak mcm ni… kawan-kawan kat sekolah selalu ejek akak dengan adik…

    Diorg kata jangan dekat dengan Edlyn dan Emlyn nanti menjangkit kalau duduk dekat….

    Kalau time sembahyang kat sekolah … Edlyn selalu kata dialah orang yang paling last angkat air sembahyang sebab tak nak orang tengok kaki dia yang ada kudis ekzema… Siapa tak sedih bila anak bercerita kat kite…

    Saya selalu memujuk anak-anak dengan mengatakan …

    Kakak, adik…. ada orang lagi teruk sakit daripada adik dengan kakak… Ada yang tak bole sembuh lagi… Allah baru uji kite sikit je… ini semua Allah ingat dengan kite…Biarlah orang ejek dengan kite… diorang yang berdosa… Kite dapat pahala lagi… Kalau kakak dan adik nak baik dengar ckp ibu…. benda tak bole makan jangan makan dulu…dah sihat bole makan sikit… Apa yang ibu suruh pakai ubat… pakai… mandi bersih-bersih… Insya Allah baik lahh adikk dan kakak..

    Selama menjaga anak-anak ekzema ini.. sudah menjadi kebiasaan sekejap baik sekejap jadik balik.. itu semua perkara biasa..

    Bukan tak cuba berubat cara lain… dah cuba… bukan beratus…. malah beribu-ribu duit dah keluar… jumpa doktor yang famous pun sudah…

    Dah jumpa doktor kerajaan, swasta, klinik kulit, macam-macam makanan tambahan dah makan…

    Bukan semua produk tak bagus atau  ubat doktor tak baik… semua baik…

    TAPI.. sementara je…

    lepas tu jadik balik…. sebabnya anak-anak saya pemakan orangnya dan badan mereka dah imun dengan ubat-ubatan dan krim.

    Sebab-sebab Ekzema

    1. Alahan Makanan

    Makanan yang ada alahan kepada anak saya seperti ayam, telur, makanan seafood, makanan proses iaitu daging burger dan hot dog.

    Produk yang berasaskan Gluten seperti tepung  yang ada pada makanan roti canai, roti, cekodok, kek ..dan macam-macam lagi..

    Siapa tak sedih bila anak nak minta makan nasi ayam, makan KFC… tapi saya tak bole bagi anak makan… bukan tak mampu… takut gatal-gatal semakin teruk …

    2.  Faktor Persekitaran

    Anak-anak ekzema cuba elakkan cuaca panas dan berpeluh.

    Kalau nak makan kat luar kena cari tempat ada air cond je.. rumah sedia ada pun dah ada air cond.

    Cuba elakkan mandi di kolam renang sebab ada banyak klorin… kalau teringin jugak… mandi jangan terlalu lama sampai 2, 3 jam.

    Jangan mandi air panas.. kulit akan menjadi kering dan cepat ekzema merebak.

    Menjaga kebersihan dengan menukar cadar tempat tidur dengan kerap, bersihkan bilik tidur dan tukar tuala mandi selalu.

    Cara-cara Mengawal Ekzema

    Sekian lama saya menggunakan ubat-ubat hospital dan klinik… keradangan ekzema masih berlaku lagi.

    Jadi.. akak mengambil keputusan untuk mengawal ekzema anak cara saya tersendiri… lebih murah dan lebih menjimatkan…. kalau pergi klinik sekian2 seorang anak sehaja kena belanja banyak RM200… kalau 2 orang anak sudah kena RM400… ubat klinik bertahan dalam tempoh 2 minggu.. jadi dalam sebulan pergi klinik sebanyak 2 kali so belanja jadi RM800….. siapa la bole tahan…

    Langkah Pertama….

    Apa yang buat, yang penting sekali… saya memastikan anak saya kena pantang makan yang mencetuskan ekzema… contoh ayam, roti canai, kek, hot dog.. etc.

    Kena pujuk anak-anak sebab apa tak bole makan… kalau makan kena gatal-gatal.

    Bila kulit dah beransur baik, tak ada luka-luka, baru boleh makan ayam atau apa-apa yang teringin nak makan.. tapi janagan makan selalu… sekali sekala… untuk hilang kempunan…

    Tapi emak bapak juga kena banyak bersabar dengan anak-anak  pasal pantang makanan. Memang kesian kt anak-anak yang tak boleh makan benda diorang suka.

    Ada kata antibodi anak lemah sebab itulah ekzema terjadi tapi akak bagi anak akak makanan tambahan untuk menguatkan antibodi anak-anak saya.

    Untuk kuatkan antibodi, akak bagi anak-anak akak makan buah oren yang mahal sikit pada tiap-tiap pagi untuk tujuan imune boster… makan minyak ikan pun bagus jugak untuk anti radang.

    Langkah kedua..

    Saya hentikan penggunaan krim/ubat yang ada steriod.

    Saya telah jumpa produk yang menggunakan bahan ORGANIK DAN BEBAS DARI BAHAN KIMIA iaitu Medic Serum Renoskin.

                                                        Medic Serum Renoskin

    Produk ini anak akak amalkan setiap hari di tempat-tempat ekzema

                             Sebelum anak saya memakai Medic Serum Renoskin

                                      Luka gatal-gatal sudah berkurangan..

    Medic Serum Renoskin ini juga boleh membantu membaiki kulit yang kedut… yang bagusnya bila kulit dah baik boleh guna pelembab lain yang lain-lain jenama. Serum ini digunakan ketika kulit bermasalah sahaja. Yang penting serum ini menggunakan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia.

    Ingatlah dan saya selalu pesan kepada diri saya sendiri…. kite kena banyak bersabar dengan anak-anak ekzema. Proses penyembuhan kulit bukanlah mengambil masa yang sekejap … semuanya bergantung kepada kulit anak kite terutama yang pernah menggunakan krim yang berasaskan steriod.

    Ada proses penyembuhan mengambil masa seminggu, mungkin sebulan dan ada yang berbulan-bulan. Tetapi Insya Allah pasti ada perubahan berlaku jika kite menggunakannya dengan SABAR dan  bukan terus pakai dan terus baik… 

    INGAT BANYAK BERSABAR,…. jangan berputus asa setiap penyakit ada ubatnya…

    TESTIMONI ANAK MENGGUNAKAN MEDIC SERUM RENOSKIN

    Setelah saya mengawal ekzema kedua-dua anak akak, keadaan kulit anak semakin lama semakin kurang luka dan keadaan kulit bertambah baik. Kulit anak tidak lagi kemerah-merahan akibat keradangan sebelum ini.

    Kini anak saya berasa yakin denga diri mereka apabila berjumpa dengan kawan-kawan sekolah, guru-guru, kawan tuisyen dan orang-orang sekeliling yang kenal dengan anak saya akan menegur keadaan kulit anak.

    Keadaan kulit anak saya sudah kurang keradangan setelah menggunakan Medic Serum Renoskin dan semakin lama bertambah baik.

    Saya juga masih lagi mengawasi pengambilan makanan anak  untuk memastikan kulit anak-anak sentiasa lembab serta tidak terluka apabila menggaru.

    Alhamdulillah masalah ekzema anak saya mula terkawal bila kita tahu cara merawatnya.

    Kepada Sesiapa Yang Berminat Membeli Medic Serum Renoskin boleh hubungi saya di talian dibawah:- 

    Telefon bimbit : 014-6368407

    COD kawasan Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah