• Drama Korea

    Drama Korea: Class of Lies (2019)

    Drama: Class of Lies (2019)  | Genre : Misteri, Jenayah, Penyamaran | Negara : Korea| Episode :  16 | Pelakon Utama: Yoon Gyun Sang, Geum Gyun Sang, Geum Sae Rok, Choi Kyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji |  Pengarah:   Kang Hyo-ji

    Sinopsis

    Drama ini mengisahkan seorang peguam bijak dan licik bernama Ki Moo-Hyeok (Yoon Gyun-Sang) yang sukakan wang mengambil kes-kes besar. Dia telah ditugaskan menjadi peguam bela kepada seorang pelajar lelaki bernama Kim Han-Soo (Jang Dong Joo) yang dituduh membunuh kawan perempuan di sekolahnya. Disebabkan kes tersebut Moo-Hyeok telah dibehentikan kerja sebagai peguam. Ki Moo-Hyeok tidak berpuas hati dan dia menyamar sebagai guru sementara di sekolah menengah Han-Soo untuk menyiasat perkara sebenar yang terjadi.

    Review Drama Korea: Class of Lies

    Apa yang menarik drama Class of Lies, dilakonkan oleh para pelakon muda dan tidaklah begitu kenali tetapi berjaya menjiwai watak masing-masing.

    Sesiapa yang menonton drama ini akan berasa geram, sakit hati dan marah dengan perangai pelajar-pelajar berasal dari keluarga kaya dan mereka berkuasa ke atas pelajar, guru termasuk pentadbir sekolah.

    Diorang punya jahat sampai boleh buat live video pukul kawan-kawan untuk tujuan berjudi dan pertarungan dilakukan di sekolah pada waktu malam. Mereka juga sanggup membuli pelajar miskin atau yang tidak mendengar cakap mereka sehinggakan memukul dengan kejam.

    Ditambah lagi ibu bapa pelajar-pelajar kaya ini sanggup membuat muslihat dan menutup kesalahan anak mereka sendiri.

    Moo-Hyeok seorang peguam yang telah dihentikan kerja disebabkan mempertahankan kes Kim Han-Soo telah menyamar sebagai guru sementara untuk menyiasat apa yang terjadi pelajar tersebut.

    Han Soo dituduh membunuh kawan sekolahnya bernama Soo A dan kini sedang koma di hospital. Kedua-dua pelajar tersebut merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Cheonyang.

    Sepanjang penyiasatan, Moo-Hyeok mendapat tahu skandal ibu bapa di Sekolah Tinggi Cheonyang yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut mempunyai agenda tertentu.

    Setiap ibu bapa kaya yang menghantar anak ke sekolah tersebut perlu menyediakan sumbangan kepada pihak sekolah dan sebagai balasan anak mereka diberi gred yang baik termasuk memalsukan rekod aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar.

    Moo-Hyeok suspek 4 orang pelajar dan keluarga mereka terlibat dengan kematian Soo A dan cubaan membunuh Han Soo. Lebih-lebih lagi pelajar bernama Lee Ki-Hoon yang bapanya merupakan bekas bos lama Mook-Hyeok yang telah memhentikan dia kerja.

    Ini menambahkan lagi Moo-Hyeok merasakan dirinya juga merupakan mangsa dalam kes pembunuhan tersebut. Berbagai dugaan yang diterima oleh Moo Hyeok sehinggakan dirinya pun terancam.

    Namun dia dibantu oleh kawan baiknya yang bijak dan mempunyai pengetahuan menggunakan teknologi terkini.

    Setiap watak dalam drama ni mempunyai rahsia sendiri dan Moo-Hyeok telah berjaya mengupas satu persatu rahsia mereka sehinggakan kita tidak akan menjangka orang itu yang seorang yang pembunuh.

    Di dalam drama ini seorang berpesonaliti yang baik, bijak, pendiam dan mempunyai rupa menawan bukanlah menjamin orang itu seorang yang baik…. Tetapi ada mereka berperangai jahat dan kejam tapi masih ada sifat kemanusiaan yang tidak sanggup membunuh.

    Kepada mereka berminat drama bercorak suspen dan plot twist jangan lupa menonton drama Class of Lies..