• Filem Antarabangsa

    Filem Korea : Memoir of a Murderer (2017)

    Filem : Memoir of a Murderer (2017)  | Genre : Suspen,Thriller, Psycho, Misteri | Negara : Korea|Running Time:  1 Jam 52 Minit | Pelakon Utama:  Sol Kyung-gu, Kim Seol Hyun, Oh Dal Su, Hwang Seok Jeong |  Pengarah: Won Shin Yun

    Sinopsis

    Filem ini mengisahkan seorang bekas pembunuh bersiri bernama Byeong-Soo (Sol Kyung-Gu) yang kini menderita penyakit Alzheimer dan tinggal bersama anak perempuan bernama Eun-Hee (Seol Hyun). Pada masa yang sama, telah berlaku sekali lagi beberapa kes pembunuhan di sekitar bandar Byeong-Soo tinggal. Byeong-Soo telah mensyaki seorang anggota polis bernama Min Tae-Joo yang melakukan pembunuh disebabkan dia pernah menjumpai darah di dalam kereta Min Tae-Joo. Lebih memburukkan lagi Min Tae-Joo telah bercinta dengan Eun-Hee anak Byeong-Soo. Untuk melindungi anak perempuannya, Byeong-Soo berjuang untuk menguatkan ingatannya dan membunuh Tae-Joo.

    Review Filem Korea: Memoir of a Murderer

    Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

    Sebagai peminat filem bergenre thriller dan suspen, filem Korea Memoir Of A Murderer merupakan salah satu filem yang patut anda tontoni dan tidak akan mengecewakan anda semua.

    Filem ini dimainkan pelakon yang hebat iaitu Byeong-Soo (Sol Kyung-Gu) yang melakonkan watak sebagai bekas pembunuh bersiri yang menghidap penyakit Alzheimer. Akibat penyakit tersebut, ingatan Byeong-Soo tidak kuat dan dia tidak melakukan membunuh lagi.

    Kemudian, Byeong-Soo bekerja sebagai doktor veterinar sebagai mengkaburi kepada masyarakat setempat termasuk anak perempuannya sendiri.

    Setelah beberapa tahun tiada berlaku pembunuhan, sekali lagi penduduk di kawasan tersebut dikejutkan dengan pembunuhan bersiri melibatkan 2 orang wanita.

    Byeong-Soo telah mensyaki seorang anggota polis bernama Min Tae-Joo yang melakukan pembunuhan tersebut setelah Byeong-Soo menjumpai darah di bonet kereta Min Tae-Joo. Ketika itu berlaku kemalangan di antara mereka berdua.

    Byeong-Soo telah memberitahu kepada ketua polis untuk menyiasat sample darah yang dijumpainya namun tiada bukti lebih-lebih lagi Min Tae-Joo telah manipulasi bukti tersebut.

    Apabila Min Tae-Joo mengetahui Byeong-Soo mula menyiasat tentang dirinya, Min Tae-Joo telah berpura-pura menjalinkan hubungan dengan anak Byeong-Soo.

    Di situla berlaku konflik apabila seorang bekas pembunuh yang cuba melindungi anaknya berkawan dengan pembunuh bersiri yang lain. Ditambah lagi Min Tae-Joo juga mensyaki Byeong-Soo yang merupakan pembunuh yang telah lama polis mencari sejak 17 tahun yang lalu.

    Byeong-Soo yang kerap hilang ingatan dan cuba mengingatkan setiap perkara yang berlaku sama ada benar berlaku atau tidak. Disitulah, Min Tae-Joo mengambil kesempatan ke atas Byeong-Soo ketika dia telah lupa.

    Tanda-tanda Byeong-Soo hilang ingatan apabila mukanya akan berubah dengan mata dia akan berkelip-kelip dan dia akan memakai selipar atau kasut terbalik.

    Penyakit Byeong Soo semakin lama semakin teruk sehinggakan dia pernah mencekik anaknya yang disangkakan anaknya seorang wanita yang lain. Byeong Soo juga menganggap dia selalu berjumpa dengan kakaknya sedangkan kakaknya telah lama mati.

    Untuk menghindarkan diri dari lupa ingatan Byeong Soo akan merekodkan suaranya dan mencatatkan jurnal kehidupannya di dalam komputer riba untuk memudahkan dia mengingatkan kembali perkara yang telah brlaku.

    Rupa-rupanya penyakit Alzheimer yang dihidapi oleh Byeong-Soo berlaku sejak anaknya Eun-Hee (Seol Hyun) masih kecil lagi selepas Byeong-Soo mendapat kemalangan.

    Semenjak isterinya mati, Byeong-Soo telah menjaga anaknya sejak kecik lagi. Lebih memgejutkan Eun-Hee bukanlah anak kandung Byeong-Soo yang sebenar.

    Di akhiri cerita, pengarang filem ini berjaya membawa penonton sentiasa berfikir dan tertanya-tanya siapakah pembunuh yang sebenarnya. Adakah Byeong-Soo atau Min Tae-Joo? Yang pastinya setiap kali saya meneka siapa pembunuhnya pasti salah tekaan saya..

    Jadi, jangan lupa saksikan filem ini !

  • Drama Korea

    10 Drama Korea Popular Noona Berpasangan Dongsaeng

    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

    Sejak tahun 2000 lagi, penerbit drama korea suka mengandingkan heroin noona (panggilan wanita yang berusia) dengan hero dongsaeng (panggilan lelaki muda). Walaupun hero dan heroin mempunyai perbezaan umur, tetapi lakonan mereka ada chemistry dan boleh diterima oleh peminat-peminat drama korea.

    Mungkin noona yang dilakonkan mempunyai perwatakan yang comel, muka innocent, berdikari, penyayang dan mature dari segi tindakan menyebabkan dongsaeng memilih noona.

    Untuk itu, sebagai peminat drama korea, saya telah memilih 10 drama yang saya suka dan banyak kali tonton. Kepada peminat drama korea pasti juga bersetuju yang saya rekomenkan.

    1. I Do Do (2012)

    *Dalam drama ini, pelakon wanita Kim Sun Ah ketika itu berumur 37 tahun dan pelakon lelaki Lee Jang Woo berumur 26 tahun*.

    Mengisahkan seorang wanita bernama Hwang Ji Ahn (Kim Sun Ah) berusia lewat 30 an dan bekerja sebagai pengarah sebuah syarikat rekaan kasut.

    Pada suatu hari, Ji Ahn telah bermalam (one night stands) dengan seorang lelaki tidak dikenali bernama Tae kang (Lee Jang Woo) dan menyebabkan dirinya telah hamil. Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan pekerja baru yang bekerja di bawah Ji Ahh.

    Ji Ahh dilema untuk memberitahu Tae Kang yang dia sedang mengandungkan anak Tae Kang dan ditambah lagi Ji Ahn merupakan wanita yang pentingkan kerjaya berbanding berkeluarga. Bermacam-macam cara Ji Ahh cuba mengelakkan beritahu Tae Kang.

    Apa-apa pun drama ini happy ending walaupun Ji Ahn pada awalnya merupakan bos yang garang dan sombong.

    Rating 7/10

    2. I Heard Your Voice (2013)

    Dalam drama ini, pelakon wanita Lee Bo Young ketika itu berumur 34 tahun dan pelakon lelaki Lee Jong Suk  berumur 24 tahun.

    Jang Hye-sung (Lee Bo-young) merupakan seorang peguam bela awam yang sentiasa membantu orang susah. Hidupnya berubah ketika dia bertemu Park Soo-ha (Lee Jong Suk) yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah berkebolehan membaca fikiran orang lain dengan melihat melalui mata mereka.

    Soo-ha memperolehi kebolehannya setelah menyaksikan ayahnya dibunuh sepuluh tahun sebelumnya.

    Kematian ayahnya pada mulanya telah dianggap sebagai kemalangan jalanraya sehinggalah Hye-sung, yang ketika itu seorang pelajar sekolah menengah, menjadi saksi kejadian itu dan membawanya ke muka pengadilan.

    Meskipun Hye Sung mendapat ancaman dari pembunuh dan Soo-ha telah membantu menyelamatkan Hye Sung.

    Mereka berdua mula rapat dan saling melindungi antara satu sama lain. Dalam pada itu kawan sekerja J.H.Sung iaitu Cha Gwan Woo turut menaruh hati pada J.H.Sung.

    Drama ini bukan sahaja menyajikan percintaan noona dan dongsaeng tetapi menceritakan suasana di dalam mahkamah dengan dibantu kebolehan ‘supernatural’ hero.

    Rating 8/10

    3. High School King of Savvy (2014)

    *Dalam drama ini, pelakon wanita Lee Ha-na ketika itu berumur 32 tahun dan pelakon lelaki Seo In-Guk berumur 27 tahun*.

    Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah dan pemain ais hoki bernama Lee Min-seok (Seo In-Guk) telah mendapat panggilan telefon misteri mengarahnya untuk menyamar sebagai abangnya.

    Dia diminta untuk bekerja sebagai eksekutif berpangkat tinggi di sebuah syarikat besar.

    Seo In Guk menyamar sebagai abangnya di tempat kerja dan pada masa yang sama dia bersekolah seperti biasa. Di tempat kerja dia dibantu seorang wanita bernama Jung Soo-young (Lee Ha-na), seorang pekerja kontrak yang mempunyai personaliti yang clumsy.

    Walaupun, Jung Soo-young clumsy tetapi dia seorang yang baik dan bijak dalam melaksanakan tugas. Disebabkan Jung Soo-young selalu bantu Lee Min Seok dalam penyamaran, akhirnya kedua-dua mereka jatuh cinta.

    Pada masa yang sama, Yoo Jin-woo ( Lee Soo Hyuk) iaitu abang Lee Min Seok pun sukakan Jung Soo-young.

    Rating 6/10

    4. Faith (2012)

    *Dalam drama ini, pelakon wanita Kim Hee-Sun ketika itu berumur 35 tahun dan pelakon lelaki Lee Min-Ho berumur 25 tahun*.

    Drama ini mengisahkan percintaan di antara pahlawan diraja bernama Jeneral Choi Young (Lee Min-Ho) dari zaman Goryeo dengan doktor wanita bernama Yoo Eun -soo (Kim Hee-Sun) dari zaman moden.

    Jeneral Choi menculik Eun Soo bertujuan untuk menyelamatkan isteri raja Goryeo yang sedang sakit dan berjanji akan menghantar Eun Soo pulang setelah permaisuri selamat.

    Namun, setelah Eun Soo berjaya menyelamatkan permaisuri, dia tidak dapat pulang ke zamannya kerana raja Goryeo telah menahannya.

    Yoo Eun-soo mula benci dan marah kepada Jeneral Choi Young kerana tidak menepati janji.

    Tetapi akhirnya Yoo Eun-soo jatuh cinta dengan Jeneral Choi Young setelah Choi Young menyelamatkannya dari dibunuh. Kesudahan drama ini sangat sedih..

    Walau pun heroin berpangkat noona, tapi mereka berdua ada chemistry lebih-lebih Lee Min Ho macam hero Melayu je…ahhakk..

    Rating 8/10

    5. Oh! My Lady (2010)

    *Dalam drama ini, pelakon wanita Chae Rim ketika itu berumur 31 tahun dan pelakon lelaki Choi Si Won berumur 25 tahun*.

    Drama ini romantik komedi mengisahkan seorang ahjumma berstatus ibu tunggal bernama Gae-Hwa (Chae Rim) menjadi pengurus artis kepada penyanyi terkenal yang sombong bernama Seong Min-Woo (Choi Si Won).

    Pada suatu hari, bekas kekasih Min Woo telah meninggalkan seorang budak perempuan berumur 5 tahun di rumahnya dan meminta Min Woo menjaga budak tersebut.

    Rupa-rupanya budak itu adalah anak Min Woo ketika bersama dengan bekas kekasihnya. Min Woo tidak mempercayai dan mencari bekas kekasihnya malangnya dia telah berhijrah ke luar negara.

    Gae Hwa yang kesian terhadap anak tersebut telah menjaga anak Min Woo seperti anaknya sendiri.

    Seperti biasa dalam drama korea, pada awalnya Min Woo tidak menyukai Gae-Hwa namun disebabkan dia telah menjaga anaknya dengan baik akhirnya Min-Woo jatuh cinta denganGae Hwa.

    Percintaan mereka dikecam oleh peminatnya. Namun, Min Woo tetap sukakan Gae Hwa.

    Dalam drama ini, Min Woo yang jatuh cinta Gae Hwa terlebih dahulu dan Gae Hwa telah menolak cinta Min Woo kerana perbezaan umur dan status Min Woo yang merupakan artis terkenal.

    Rating 8/10

    6. My Lovely Sam Soon (2005)

    Dalam drama ini, pelakon wanita Kim Sun A ketika itu berumur 30 tahun dan pelakon lelaki Hyun Bin berumur 25 tahun.

    Drama ini sebuah romatik komedi mengisahkan seorang pembuat kek bernama Kim Sam-Soon (Kim Sun A) berbadan gempal yang baru putus cinta dan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak.

    Dia telah mendapat pekerjaan di sebuah restoran barat Bon Appetit yang dimiliki oleh seorang lelaki muda, kacak dan kaya bernama Hyun Jin-Hun(Hyun Bin).

    Jin Hun telah meminta Sam Soon menjadi kekasihnya setelah ibunya memaksanya berkahwin dan menyuruh melupakan kekasih lamanya.

    Berbagai kejadian berlaku semasa penyamaran Sam Soon termasuk kekasih lama Jin Hun kembali semula kepadanya. Hati Sam Soon mula terusik kerana dia sudah menyukai bosnya.

    Drama ini telah memenangi banyak anugerah termasuk drama, pelakon popular lelaki dan wanita pada tahun 2005.

    Rating 8/10

    7. Personal Taste (2010)

    Dalam drama ini, pelakon wanita Son Ye Jin ketika itu berumur 28 tahun dan pelakon lelaki Lee Min Ho berumur 23 tahun.

    Dalam drama ini pelakon Lee Min Hoo masih digandingkan dengan wanita berumur, mungkin disebabkan wajahnya mature sesuai berlakon dengan noona yang cantik.

    Drama ini bergenre romantik komedi mengisahkan seorang arkitek muda bernama Jeon Jin-ho (Lee Min Ho) sedang mencari arkitek ternama bernama Profesor Han Yoon Sub (Ahn Suk Hwan) yang telah mereka seni bina hanok (rumah tradsional korea).

    Jin Ho mencari Yoon Sub untuk mendapatkan reka bentuk sebagai tema dalam pertandingan seni bina yang disertainya.

    Untuk mendapat maklumat rekabentuk rumah hanok, Jin Ho telah menyamar menjadi lelaki gay dengan berbaik dengan anak Yoon Suba iaitu Park Kae-in (Son Ye Jin) dengan menyewa bilik di rumah Kae In.

    Kae In ingatkan Jin Ho seorang lelaki gay lalu dia membenarkan Jin Ho menyewa di rumah tersebut.

    Cerita ini memang lawak giler bila Gae In ingat Jin Ho seorang lelaki gay dan melayan Jin Ho seperti kawan perempuan.

    Bayangkan Jin Ho terpaksa bertahan dengan sikap Gae In ditambah lagi sifat Jin Ho seorang pembersih dan kemas orangnya berbanding deng Jin Ho seorang clumsy dan pengotor.

    Rating 8/10

    8. Flower Boy Ramen Shop (2011)

    Dalam drama ini, pelakon wanita Lee Chung Ah ketika itu berumur 27 tahun dan pelakon lelaki Jung Il-Woo berumur 24 tahun.

    Drama ini sebenarnya best untuk ditonton. Tetapi hairan kenapa drama ini tak popular.

    Cerita ini masih bergenre romantik komedi yang mengisahkan seorang murid sekolah tinggi bernama Cha Chi-Soo ( Jung Il-Woo) jatuh cinta guru sambilan di sekolahnya bernama Yang Eun-Bi (Lee Chung Ah).

    Setelah kematian bapanya, Eun Bi telah berhenti menjadi guru dan dia mengambil alih perniagaan restoran ayahnya.

    Pada mula Chi-Soo tidak menyukai gurunya kerana selalu memarahinya yang selalu langgar peraturan tetapi akhirnya dia suka Eun Bi dan sanggup ikut bekerja di restoran milik Eun Bi.

    Rating 7/10

    9. Something in the Rain (2018)

    Dalam drama ini, pelakon wanita Son Ye Jin ketika itu berumur 36 tahun dan pelakon lelaki Jung Hae In berumur 30 tahun.

    Drama ini masih menjadikan Son Ye Jin sebagai heroin yang sebelum ini pernah berlakon dengan Lee Min Hoo genre yang sama dalam drama Personal Taste.

    Kali ini Ye Jin masih melakonkan watak noona bercinta dengan dongsaeng tetapi jalan ceritanya berat dan penuh rintangan disebabkan percintaan mereka mendapat tentangan keluarga kerana perbezaan umur.

    Mengisahkan seorang wanita berumur 30 tahun yang masih belum berkahwin bernama Yoon Jin-A(Son Ye Jin) bekerja sebagai supervisor di kedai kopi.

    Kehidupan Yoon Jin Ah mula berubah setelah mula bercinta dengan adik  kepada kawan baiknya Seo Kyung Soon yang baru saja pulang dari luar negara bernama Seo Joon Hee (Jung Hae In). 

    Percintaan mereka mendapat tentangan dengan kakak Seo Joon Hee dan juga mak Yoon Jin Ah. Kedua-dua mereka sukar menerima hubungan percintaan antara Seo Joon Hee dan Yoon Jin Ah disebabkan jarak usia mereka yang jauh.

    Ramai yang memuji drama ini melihat keserasian hero dan heroin ditambah pula dengan OST yang best .

    Rating 7/10

    10. Baby-faced Beauty (2011)

    Dalam drama ini, pelakon wanita Jang Na Ra ketika itu berumur 30 tahun dan pelakon lelaki Daniel Choi berumur 25 tahun.

    Mengisahkan seorang wanita yang telah berumur 34 tahun tetapi mempunyai wajah keanakan seperti 25 tahun bernama Lee So Young ( Jang Na Ra )

    So Young bercita-cita hendak menjadi seorang pereka fesyen tetapi dia tidak dapat meneruskan pelajarannya disebabkan dia perlu menanggung hutang keluarga dan hanya ada kelayakan sekolah menengah.

    Disebabkan wajahnya yang nampak muda dan orang beranggapan dia macam pelajar baru graduate dari universiti dan teklah dapat bekerja di syarikat fesyen.

    Disitula So Young telah berkenalan dengan Choi Jin Wook (Choi Daniel).

    Siapa yang tengok drama mesti menghadapi second lead syndrome maknanya minat kepada hero kedua.

    Rating 7/10

    Sebenarnya ada banyak lagi drama noona dongsaeng macam I Love Lee Tae Ri (2012), Witch’s Romance (2014) ,Secret Affairs (2014),The Producers (2015), I Need Romance 3 (2014),The Lover (2015), What’s Up Fox? (2006)

    Tapi drama ni macam tak sesuai dengan jiwa kita, jadi susahlah nak kata best drama ke tak. Kadang-kadang drama noona dongsaeng yang saya tak tonton tu mungkin lakonan mereka terlampau daring sangat…

    Namun, semuanya terpulang kepada diri masing-masing..