• Filem Antarabangsa

    Filem Seram : Warda (2014)

    Filem : Warda (2014)  | Genre : Seram, Misteri| Negara : Egypt|Running Time:  1 Jam 15 Minit | Pelakon Utama:  Tareq Abdalla, Nada Al Alfi, Ahmed Awni, Bassel El Kadi, Emad Ghoniem|  Pengarah:   Hadi El Bagoury

    Sinopsis

    Mengisahkan seorang video blogger bernama Walid (Farouk Hashem) pulang ke kampung halamannya di negara Arab bersama teman wanitanya untuk menyiasat kejadian misteri yang menganggu keluarganya sejak kematian bapanya.

    Review Filem Warda

    Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

    Ini merupakan pertama kali saya menonton filem Arab bergenre seram ala ‘Blair Witch Project‘ yang pembikinan filem ini dirakam secara footage kejadian sebenar oleh watak utama sendiri.

    Apabila saya menonton filem ni, saya lihat satu keluarga Arab yang mana seorang ibu taat kepada perintah tuhan dan anak lelakinya mengamalkan budaya bebas seperti tidak solat, pergaulan bebas, minum arak dan bebas membeli senjata secara haram.

    Walaupun anaknya seorang berperangai kurang menyenangkan tetapi dia bertanggungjawab dan sayang kepada keluarganya apabila membantu mencari menyelesaikan masalah yang berlaku dalam keluarganya.

    Teringat dalam cerita ini …pesanan ibu kepada anak lelakinya…. perkara pelik berlaku ke atas keluarga mereka apabila sejak kakak berhenti solat berbagai kejadian pelik berlaku… Sesunggunya… solat itu adalah tiang AGAMA.

    Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Walid yang telah lama merantau di luar negara akhirnya pulang ke kampung halamannya bersama teman wanitanya berbangsa asing.

    Walid pulang ke kampung kerana ibunya meminta dia pulang setelah kakaknya Warda sering tidak sihat sejak kematian bapanya.

    Sejak Walid dan teman wanitanya Amna tiba di kampung, mereka mula merakamkan video footage ke mana sahaja dia pergi.

    Kehadiran Amana tidak disenangi oleh keluarga Walid termasuk Warda. Warda tidak beberapa suka dengan Amna dan tidak membenarkan Amna tidur di bilik adiknya Fateha.

    Fateha adalah adik Walid yang telah meninggal dunia akibat penyakit misteri.

    Sumber google : Warda bila waktu sihat
    Sumber google : Warda mula sakit

    Sejak Walid duduk di rumah, bermacam perkara misteri yang dilalui keluarga mereka termasuklah diganggu dengan bunyi ketukan pintu rumah, bunyi bising di luar rumah sedangkan tiada orang, peralatan di dapur dijatuhkan secara tiba-tiba, dan sering black out.

    Warda sendiri berperangai aneh dengan keluar rumah seorang diri pada setiap malam dan selalu meracau-racau sehinggakan mencederakan diri sendiri. Tetapi apabila ditanyakan kepada Warda, dia sendiri tidak ingat apa yang berlaku.

    Sumber google : Ustaz mencuba merawat Warda

    Walid telah memanggil ustaz untuk mengubat Warda namun penyakit misteri warda masih tidak berubah.

    Walid mengambil tindakan memasang cctv di setiap sudut rumah termasuk bilik Warda.

    Sejak cctv dipasang, Walid dapati banyak perkara misteri terjadi di rumahnya dan Walid sendiri diperhatikan oleh sesuatu. Kita yang menonton pun terasa seram sejuk apabila tengok rakaman cctv tersebut.

    Sumber google : Siapa sebenar di dalam cctv

    Jadi, sesiapa meminati filem seram bolehlah menonton filem Warda sebagai tambahan koleksi filem seram anda tetapi ending filem ini memanglah pengarah suruh kita fikirkan.

    Sekian.