• Drama Korea

    Teman Lelaki Sempurna dalam drama Korea ‘My Absolute Boyfriend’

    Assalammualaikum dan salam sejahtera,

    Ada ke teman lelaki yang sempurna dalam dunia ini… rupanyer memang ada tapi harganya 10 juta yea… kena tempah dulu dengan syarikat Kronos Heavan kalau nak beli… hahaha

    Semua ini dalam drama korea My Absolute Boyfriend yang baru habis ditayangkan di SBS pada 11 Julai 2019 dengan 36 episod (30 minit). Drama ini ada bertemakan romantik komedi, sedih dan sikit misteri.

    Drama ini merupakan remake dari drama Jepun pada tahun 2008 yang berjudul “Absolute Boyfriend” dan Taiwan tahun 2012.

    Teman lelaki sempurna ini merupakan lelaki robot bernama Zero Nine / Young Goo yang mempunyai ciri-ciri wajah kacak, kuat, romantik, bijak, bertanggungjawab, jujur, rajin, tidak cemburu (robot kan), pandai memasak, dan seorang yang sentiasa positif.

    Sepanjang menonton drama ini, anda cuba bayangkan Zero Nine adalah robot bukan manusia yea…. barulah dapat menghayatinya drama ini…

    Terdapat watak antoganis iaitu Diana seorang sangat kejam yang sepatutnya merupakan tuan kepada Zero Nine. Lagi satu watak, pengurus Geum Eun-Dong juga jahat orangnya yang cuba memutuskan hubungan dengan Da da dengan Ma Wang-Joon.

    Zero Nine juga mempunyai seorang penjaga dari Syarikat Kronos Heaven bernama Nam Bo Won Nine dan sanggup berhenti kerja kerana cuba menyelamat Zero Nine dijual kepada Diana. Dia telah menghantar Zero Nine ke tempat lain dan tidak sengaja bertemu dengan Da Da.

    Da Da tidak sengaja mencium Zero Nine dan menganggap Dada teman wanitanya.

    Walau pun Zero Nine sebuah robot dia mempunyai perasaan cinta, rasa kecewa dan sedih seperti manusia.

    Akibat robot terlebih belajar emosi manusia pasal cinta menyebabkan berlaku kerosakan. Ini kerana Zero Nine mempunyai perasaan cinta yang mendalam dan sanggup berkorban terhadap Da da menyebabkan Zero Nine menjadi terbeban dan berlakunya peleburan.

    Maknanyer badan Zero Nine menghadapi masalah apabila dia sudah ada emosi. Kesannya Zero Nine akan rosak selamanya atau mati.

    Tambah-tambah lagi Da Da pun jatuh cinta dengan Zero Nine. Masa itula… Zero Nine mengambil keputusan yang di luar jangka dan tidak dibuat oleh sebuah robot demi masa depan Da Da.

    Sinopsis My Absolute Boyfriend

    Drama ini mengisahkan seorang make up artis kesan khas bernama Da Da lakonan Bang Min Ah yang baru putus cinta setelah menjalinkan hubungan secara rahsia selama 7 tahun dengan pelakon terkenal bernama Ma Wang Joon lakonan Hong Jong Hyun.

    Pada masa yang sama, Da Da telah menerima sebuah kotak besar di rumahnya dan dia fikir kotak tersebut merupakan peralatan kesan khas kepunyaannya.

    Namun kotak yang diterimanya adalah sebuah robot seperti manusia bernama Zero Nine.

    Dengan secara tidak sengaja, Da Da tercium Zero Nine. Zero Nine terjaga dan mula pandangan pertama terhadap Da Da dan terus memanggil Da Da teman wanita.

    Sejak itu, Zero Nine tidak mahu berpisah dengan Da Da. Sifat Zero Nine penyayang, amik berat dan sentiasa menolong Da Da bila kesusahan lama kelamaan Da Da jatuh hati dengan robotnya.

    Pada masa sama, bekas teman lelakinya Jong Hyun mula hendak kembali kepada Da Da. Tapi Jong Hyun kena bersaing dengan Zero Nine.

    Bermula cinta tiga segi di antara Da da, Zero Nine dan Jong Hyun.

    Walau pun bercinta dengan robot yang sempurna namun banyak rintangan bercinta dengan robot… seperti orang lain tidak boleh tahu Zero Nine sebuah robot dan Zero seorang bijak dan kuat menyebabkan orang lain berasa sangsi dan pelik terhadap Zero Nine.

    Jadi, siapa berminat drama korea yang heronya robot, jangan lupa menonton drama My Absolute Boyfriend.

  • Corat -coret

    Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16

    Sumber: satujohor.net

    Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Istiadat Pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI pada 30 Julai 2019 bersamaan 27 Zulkaedah 1440H.

    Dan setinggi-tinggi tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj.

    Sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Pos Malaysia Berhad hari ini mengeluarkan koleksi khas setem.

    Setem peringatan ini didatangkan dalam denominasi 60 sen, 80 sen dan RM1, memaparkan koleksi potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpakaian rasmi.

    Koleksi Setem dikeluarkan sebanyak 300,000 keping dan dijual di semua pejabat pos di seluruh negara bermula 31 Julai 2019.

  • Filem Antarabangsa

    Filem Seram Fiksyen : The Silence (2019)

    Assalammualaikum dan salam sejahtera,

    Review filem kali ini sebuah filem seram fiksyen genre suspen dan misteri dengan kehadiran mahkluk seperti kelawar dikenali sebangai vesps. Filem ini lebih kurang filem The Quiet Place dan Bird Box tetapi berbeza jalan cerita.

    Mahluk vesps ini akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja yang bercakap dan berbunyi .

    Apabila saya menonton filem ini, saya bayangkan jalan cerita yang menarik dengan kehadiran pelakon popular seperti Kiernan Shipka(filem The Blackcoat’s Daughter) dan Stanley Tucci (filem Captain America : The First Avenger, The Hunger Games)

    Walau pun, pada awal cerita ini mendebarkan namun apabila pertengahan cerita seolah-olah jalan cerita ini tidak menjurus keluarga Hugh menyelamatkan diri daripada serangan mahkluk vesps tetapi mereka berdepan dengan kumpulan fanatik agama yang misteri (ahlinya semua tidak ada lidah macam kena potong) yang berminat dengan Ally.

    Pengakhiran cerita ini pun tergantung seolah-olah penulis skrip kehabisan idea atau mungkin ada kesinambungan filem ini.

    Sinopsis Filem The Silence (2019)

    Filem ini mengisahkan sebuah bandar di USA diserang oleh sejenis mahkluk kelawar dikenali sebagai vesps yang menyerang manusia tidak kira waktu siang atau malam. Mahkluk ini sebenarnya tiada mata dan bergantung kepada pendengaran yang tajam. Kerajaan US telah mengarahkan rakyatnya tinggal di rumah dengan stay quiet.

    Sepasang suami isteri, Hugh dan Kelly bersama anaknya Ally (yang cacat pendengaran akibat kemalangan), anak lelakinya Jude, nenek Lyn (sakit kanser peparu), Otis (anjing peliharaan Jude) telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan luar bandar. Pemergian mereka disertai oleh kawan Hugh bernama Glenn.

    Dalam perjalanan ke kawasan luar bandar, Hugh sekeluarga dan sahabatnya menggunakan jalan pintas untuk mengelak kesesakan orang ramai keluar dari bandar.

    Semasa perjalanan, Hugh mengalami kemalangan dan Glenn cuba untuk menyelamatkan Hugh tetapi tidak berjaya keluarkan daripada kenderaan. Hugh sekeluarga terpaksa meninggalkan Glenn walau bagaimanapun Hugh sekeluarga pun tidak selamat apabila diserang oleh sekumpulan mahkluk vesps di dalam kereta kerana anjingnya menyalak.

    Hugh terpaksa lepaskan anjing kesayangan anaknya, kerana menyalak yang menyebabkan mahkluk tersebut menyerang mereka

    Hugh sekeluarga meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk mencari tempat perlindungan memandangkan hari sudah gelap.

    Akhirnya mereka terjumpa sebuah rumah untuk menumpang berteduh tetapi malangnya tuan rumah tidak benarkan mereka menumpang dan tuan rumah akhirnya terbunuh ketika cuba menghalau Hugh sekeluarga.

    Semasa mereka duduk di rumah tersebut, keluarga Hugh didatangi dengan golongan agama yang pelik dengan keadaan tidak berlidah. Mereka berinteraksi menggunakan buku catatan.

    Melalui pertemuan itu, kumpulan misteri tersebut mahukan anak mereka Ally untuk masuk kumpulan mereka. Hugh menolak permintaan mereka dan kumpulan ini mengambil tindakan untuk menculik Ally.

    Hugh dan neneknya terpaksa melawan kumpulan tersebut sehinggakan nenek Ally mati terbunuh kerana mempertahankan Ally.

    Pada masa yang sama Ally mendapat tahu tempat yang selamat daripada makhluk vesps iaitu di kawasan sejuk. Hugh sekeluarga mengambil keputusan berhijrah ke tempat sejuk. Bila Ally duduk tempat baru akhirnya dia bertemu kekasihnya disana dan bersama-sama berburu vesps. Pengakhiran cerita macam itu sahaja.

  • Filem Antarabangsa

    Filem Romantik Komedi : Making Family

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

    Hari ini saya nak rekomen sebuah filem berbentuk romantik komedi dan berunsur kekeluargaan melibatkan pelakon lelaki dari negara China dan pelakon wanita dari negara Korea.

    Cerita ni dah banyak kali saya tonton dan tidak membosankan lebih-lebih ada kanak-kanak comel yang berlakon bernama Mason Moon.

    Filem ini ditayangkan pada tahun 2016 yang dilakonkan oleh pelakon dari negara China ini bernama Aarif Rahman atau Arif Lee. Jangan salah sangka, Aarif bukan beragama Islam sebabnya dia sendiri tidak praktik dalam kehidupannya sebagai seorang muslim.

    Sejak dulu lagi sudah ada pelakon yang beragama Kristian tetapi menggunakan nama Islam seperi pelakon bernama Omar Sharif … jadi nama Islam tak semestinya seseorang itu beragama Islam.

    Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang bijak dan comel bernama Tae Bong (dilakonkan Mason Moon) yang tinggal bersama ibunya Go Mi Yeon (dilakonkan Kim Ha Neul) di Korea.

    Tae Bong mendapat tahu dia dilahirkan melalui penderma sperma berasal dari negara China (Tae Bong sendiri jumpa doktor di hospital tempat dia dilahirkan untuk mengetahui asal usul dia tanpa pengetahuan ibunya).

    Ibunya Mi Yeon mengandung tanpa lelaki di sisi adalah sebabnya…

    Tae Bong teringin sangat hendak berjumpa dengan bapanya dan dia seorang diri menaiki flight ke negara China untuk mencari ayahnya. Keberanian dan kebijaksanaan Tae Bong dapat dilihat dia melepasi kerani kaunter tiket semasa menyerahkan passport.

    Semasa sampai di China, Tae Bong menaiki teksi seorang diri ke rumah bapanya Liyan (lakonan Aarif Rahman).

    Apabila Tae Bong datang dari jauh mahu berjumpa dengan berjumpa dengan ayahnya tetapi Liyan tidak mempercayai Tae Bong tu anaknya dan terus menghantar Tae Bong ke balai polis.

    Tae Bong telah ditinggalkan di Balai Polis. Namun, kebijaksanaan Tae Bong , dia berjaya melepaskan diri daripada pihak polis.

    Sementara Mi Yeon turut pergi ke negara China dengan keadaan tergesa-gesa setelah mendapat tahu anaknya pergi seorang diri. Mi Yeon berjumpa dengan keluarga bapa kepada anaknya. dan meminta bantuan mencari anaknya Tae Bing.

    Pertemuan tersebut menyebabkan keluarga Liyan terperanjat yang anak lelakinya mempunyai anak berusia 9 tahun sedangkan Liyan masih muda dan tidak berkahwin lagi.

    Bapa Liyan telah menghalau Mi Yeon dan menganggap Mi Yeon menipu dan hanya hendakkan harta keluarga Liyan.

    Tetapi nenek Liyan minta bapa Liyan bersabar dan meminta mendengar kata-kata Liyan dahulu.

    Sebenarnya hubungan Liyan dan bapanya tidak baik sejak 10 tahun lalu.

    Liyan sebenarnya seorang anak muda datang dari keluarga kaya tetapi bapa Liyan tidak suka Liyan menjadi pelukis sehinggakan Liyan melarikan diri dan hidup tanpa bantuan keluarga.

    Nenek Liyan dan Mi Yeon pergi ke rumah Liyan untuk mencari Tae Bong. Di situlah, pertama kali Mi Yeon berjumpa Liyan.

    Mi Yeon sangat marah dengan Liyan kerana meninggalkan Tae Bong di Balai Polis, Nenek Liyan meredakan keadaan mereka berdua dan mereka bersama-sama pergi mengambil Tae Bong di Balai Polis.

    Nenek Liyan mempercayai Tae Bong adalah cucunya dan dia cuba merapatkan hubungan Liyan dan Mi Yeon dengan mengadakan percutian keluarga di kampung.

    Mi Yeon terpaksa ikut percutian tersebut disebabkan tiket kapal terbang telah habis dijual.. (ini disebabkan nenek Liyan telah membeli semua tiket kapal terbang ke Korea.

    Semasa di kampung , hubungan Liyan dan Mi Yeon tidaklah begitu baik, tetapi Tae Bong cuba berusaha mengambil hati Liyan dan keluarga bapanya.

    Namun usaha Tae Bong untuk mengambil hati Liyan tidak kesampaian apabila nenek Liyan jatuh sakit dan bapa Liyan telah meminta Miyeon dan Tae Bong pergi dari situ.

    Tae Bong telah mengajak ayahnya Liyan mengikutnya balik ke Korea dan tinggal bersama-sama dengan ibunya menjadi sebuah keluarga. Tapi Liyan masih berkeras hati untuk menerima Tae Bong sebagai anaknya walau pun hatinya berbelah bagi pada ketika itu.

    Tae Bong dan ibunya balik ke Korea tanpa Liyan. Tae Bong meneruskan kehidupannya bersama ibunya seperti dulu.. dan satu hari Liyan telah datang ke Korea…

    Filem ini sebuah cerita yang ringan disulami komedi romantik dengan gelagat comel Tae Bong pasti anda seronok menonton filem ini..

    Jangan lupa tonton filem ini …

  • Uncategorized

    Selamat Pengantin Baharu Zuhuri !

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

    Hari ini hari Sabtu 6 Julai 2019 , patutnyer saya dah mula diet untuk misi Cabaran Kurus 100 Hari… tapi misi tersebut masih belum dilaksanakan… sebabnya sepupu kawin minggu ni tak berdaya nak diet bila tengok org makan…. semuanya alasan…

    Sepupu saya pengantin lelaki melangsungkan perkahwinan dengan orang Kota, Rembau Negeri Sembilan.

    Selamat Pengantin Baharu Zuhuri dan pasangan …

    Dengan ucapan Selamat Pengantin Baharu, Semoga Bahagia ke Anak Cucu

  • Corat -coret

    Guru Berbangsa India Memberi Pengajaran Kepada Seorang Bapa

    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

    Sepanjang minggu ini saya sibuk berjumpa guru sekolah agama dan sekolah kebangsaan untuk membincangkan prestasi akademik anak-anak(report card day).

    Pada zaman sekarang ini, ibu bapa sudah boleh semak keputusan peperiksaan anak di laman web sahaja…. Sampai anak pun tak tahu keputusan peperiksaan mereka di dalam kelas… kita pula yang beritahu keputusan kepada anak-anak… Jadi anak-anak sekarang dah tak boleh sorok keputusan peperiksaan dengan ibu bapa…

    Berbeza zaman dulu..mami sempatlaa sorok report card dari atok nenek…hahahhaa

    Tapi bila dah zaman canggih ini dah bole semak keputusan pada bila-bila masa… sampai mood buat keja pun bole hilanglaa… bila dapat tengok result anak…

    Sebenarnya setiap tahun semua sekolah memang akan mengadakan perjumpaan ibu bapa bagi membincangkan prestasi akademik peperiksaan pertengahan tahun anak-anak.

    Al kisah, pada malam sebelum saya datang ke sekolah, anak saya dah pesan, mami nanti bila datang ke sekolah jumpa cikgu jangan lama-lama tau… cikgu dah pesan …

    Amboi…bagusnyer cikgu… siap pesan kt anak supaya kita tak boleh tanya banyak-banyak laa… tuuu.. sebenarnya saya rasa dah 2 tahun jadi macam ni… cikgu awal-awal dah pesan kat murid… ibu bapa tak bole lama-lama jumpa cikgu …

    Sebagai mami yang positif, kita fikirlaa benda-benda baik dan cakap benda baik kat anak… yang cikgu sibuk nak bincang dengan ibu bapa yang lain… itulaa sebab ibu bapa kena jumpa sekejap je dengan cikgu… lagipun dah ada whatsapp bole je tanya cikgu kalau ada tanya pasal anak…

    Tapi lain pulak dengan encik izman.pauzi mendapat pengalaman berjumpa guru berbangsa India di sekolah anaknya yang tidak lokek berkongsi ilmu tentang pendidikan anak-anak walaupun berlainan agama..

    Sumber : Izman Pauzi

    Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa. Antara tips adalah:-

    • Sediakan jadual belajar di rumah dan pastikan mereka ikut.
    • SETIAP HARI, kena buat 5 soalan mathematics. Kena ajar dan minta anak buat. Hari ini buat 5 soalan operasi tambah, esok buat 5 soalan operasi bahagi. Bila anak sudah pandai, tambah jadi 10 soalan sehingga mereka mahir.
    • Subjek English dan BM, PAKSA anak baca satu petikan karangan setiap hari dan fahamkan. Kena baca untuk pemahaman dan tambah kosa kata. They don’t have any choice.”

    ANAK-ANAK hanya boleh tengok tv dan phone, pada hujung minggu sahaja tapi mereka juga kena belajar juga. Control their time.”

    Walaupun, cikgu ni berbangsa lain tetapi tidak lokek nak berkongsi ilmu dengan bangsa lain… Inilah guru yang kita mahukan.. mengajar dan mendidik tanpa mengira bangsa dan agama…

    Semoga guru-guru di luar sana dapat memberi inspirasi dan mendidik anak-anak tidak kira bangsa tanpa mengerti penat lelah demi masa depan anak murid.

    Terima kasih Cikgu …

  • Corat -coret

    Penerbangan AirAsia Dari Melaka ke Penang Bermula 1 Julai 2019

    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya,

    Sebagai orang Melaka rasa berbangga syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad telah bermula penerbangan dari Melaka – Penang pada 1 Julai 2019.

    Yang menariknya penerbangan Melaka -Penang hanya mengambil masa 1 jam 5 minit sahaja dengan tujuh kali seminggu penerbangan dengan harga tiket RM79 bagi laluan sehala.

    Jadi, kepada orang Melaka, Penang dan Perlis dah boleh balik ke kampung pada masa cuti sekolah dan musim perayaan dengan naik kapal terbang dari Melaka.. dan dah tak payah nak tempuh jem lagi.

    Masa saya baca facebook Ketua Menteri Melaka Tuan Adly, ada orang yang mengesyorkan penerbangan pada masa akan datang dibuka laluan baharu ke Sabah, Sarawak dan Singapura.

    Ini disebabkan ramai orang Sabah Sarawak merantau berkerja Melaka terutama di Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang dan Kem Tentera, Terendak. Penerbangan dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ini lagi mudahkan dan menjimatkan kos kepada mereka yang nak balik ke kampung Sabah Sarawak tanpa pergi ke KLIA.

    Pada masa ini, Syarikat Malindo Air sudah pun beroperasi penerbangan dari Melaka- Langkawi, Melaka – Kota Bharu dan Melaka – Pekanbaru.

    Sebagai penduduk Melaka berharap syarikat AirAsia dan Malindo terus memberi perkhidmatan berterusan kepada negeri Melaka dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan.

    Sesiapa nak melancong atau balik kampung bole menempah tiket di laman https://www.airasia.com/ms/my dan https://www.airpaz.com/en/airlines/OD-Malindo-Air?/