• Filem Antarabangsa

    Filem Psychological Thriller : The Body (El Cuerpo)

    Salam semua, dah setahun saya tak menulis….disebabkan kesibukan dan macam2 halangan… akhirnya… saya nak mula balik menulis dan berkongsi  dengan anda semua filem dan drama dari pelbagai negara yang pernah saya tonton.

    Filem pertama saya nak review adalah sebuah filem Psychological Thriller dari  negara Sepanyol tahun 2012 yang menarik ditonton kepada mereka peminat filem misteri, thriller dan psychological.

                               Filem The Body (El Cuerpo) 

    Review Filem The Body (El Cuerpo)

    Kisah ini bermula mayat seorang wanita kaya bernama Mayka yang mati akibat serangan sakit jantung telah hilang dari Rumah Mayat secara tiba-tiba.

    Suami wanita tersebut bernama Álex Ulloa seorang usahawan yang berkarisma, kacak dan merupakan seorang Ahli Kimia di sebuah universiti sebelum berkahwin dengan Mayka. Alex diminta membantu penyiasatan kehilangan isterinya.

       Inspector Jaime beritahu Alex mayat isterinya telah hilang

    Seorang anggota polis bernama Inspector Jaime Peña yang berpengalaman ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan Mayka dan telah mensyaki Alex mempunyai hubung kait kematian isterinya.

    Semasa penyiasatan dijalankan, Inspector Jaime Peña telah menjumpai bukti Álex  cuba membunuh Mayka apabila menjumpai ubat TH-16 yang merupakan toksin yang dihasilkan oleh syarikat famaseutikal Mayka.

    Ubat tersebut mampu menghentikan dengupan jantung manusia apabila minum ubat tersebut. Alex tidak mengaku membunuh Mayka.

    Alex mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelajar bernama Clara dan merasakan perkahwinannya dengan Mayka tidak diselamatkan kerana dia tidak menyintai Mayka.

    Cerita ini semakin menarik apabila berlaku perkara misteri kepada Alex iaitu Alex mendapat surat misteri di tandas lelaki  dan panggilan telefon milik isteri Alex  di bilik mayat.

    Alex suspek Mayka masih hidup dan mahu membalas dendam terhadapnya kerana  kecurangan Alex dan Mayka telah mengupah penyiasat upahan untuk menyiasat kecurangan Alex sebelum dia mati.

    Semasa penyiasatan dijalankan Alex dihubungi teman wanitanya, Clara memaklumkan  dia diekori oleh seseorang tidak kenal dan talian tersebut tiba-tiba terputus. Alex yang berasa bimbang keselamatan Clara meminta Inspector Jaime pergi  menyelamatkan Clara.

                       Clara Teman wanita Alex

    Inspector Jaime meminta anggotanya menyiasat dan mencari Clara. Apa yang mengejutkan tiada rekod wanita bernama Clara sepertimana Alex ceritakan Clara adalah teman wanitanya dan alamat pangsapuri yang diduduki oleh Clara juga tidak berpenghuni dan  sudah lama kosong.

    Inspector Jaime diberitahu bahawa ada mayat dijumpai di hutan kemungkinan mayat Mayka. Namun, Alex memikirkan itu adalah mayat Clara. Alex dibawa Inspector Jaime ke tempat tersebut untuk membuat pengecaman. Setelah mereka sampai di tempat tersebut…. mayat yang dijumpai adalah seorang wanita….siapakah mayat tersebut…

    Siapa sebenarnya Clara?

    Apa yang terjadi dengan Clara?

    Siapa yang membunuh Mayka?

    Apa kesudahan cerita ini …

    Sepanjang filem ini penonton sentiasa akan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dan kenapa.  Kesudahan filem ini juga lain daripada lain… dan ANDA tidak menjangkakan…

    Apa yang boleh dikatakan susunan jalan ceritanya begitu baiknya sehingga kita rasakan kita dipermainkan oleh watak-watak dalam cerita ini.

    So, jangan lupa tengok kesudahan filem The Body (El- Cuerpo) !

    Selamat menonton!

    PENILAIAN: 8/10

    Remake : The Vanished (Korea Movie)